Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Peruntukan baik pulih kemudahan sukan naik 8 kali ganda

KLANG, 18 OKT: Peruntukan pembaikan kemudahan sukan negeri akan ditingkatkan sehingga lapan kali ganda berbanding peruntukan sebelum ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata peningkatan belanja pembangunan itu dilakukan bagi memenuhi keperluan setiap kompleks sukan milik negeri yang berada di setiap daerah.

Amiruddin

“Tahun lepas peruntukan baikpulih sekitar RM800 ribu tetapi untuk tahun hadapan ia akan ditingkatkan. Saya tidak boleh umumkan berapa jumlahnya tetapi ia meningkat sehingga tujuh ke lapan kali ganda dari peruntukan sebelum ini,” katanya.

Amirudin berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Stadium Hoki Pandamaran, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Persatuan Hoki Selangor, Datuk Seri Subahan Kamal, Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Zamri Othman dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata pihaknya sedang memikirkan pendekatan untuk mengawal selia semua kemudahan sukan di Selangor.

“Sudah sampai masanya, Kerajaan Negeri memikirkan untuk menubuhkan satu urusetia atau perbadanan yang berperanan menguruskan semua aset sukan yang kita miliki.

“Dengan adanya perbadanan seumpama ini, soal penyelenggaraan kesemua kemudahan sukan dapat dikawal selia dengan cekap,” katanya.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:35:52 daripada Administrator

  •  
  • Print