Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Belanjawan Selangor bakal beri manfaat kepada semua

KLANG, 20 OKT : Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan masyarakat minoriti di negeri ini tidak akan dipinggirkan dari arus pembangunan Selangor.

Beliau berkata Belanjawan Selangor 2015 yang akan dibentangkan November depan akan membuktikan Pakatan Rakyat peka pada keperluan semua.

markshort

“Ketika saya dan Exco merangka belanjawan 2015, saya ingin nyatakan bahawa ia adalah bersifat pembangunan kerana kita mahu menjadikan Selangor sebagai negeri pembangunan yang memberi kebaikan bukan kepada satu kaum, tetapi beri manfaat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya juga mahu beri jaminan bahawa golongan minoriti akan dimasukkan dalam arus pembangunan Selangor untuk membolehkan rakyat menikmati pembangunan kerana kekayaan di negeri ini harus diterjemahkan dalam bentuk pembangunan,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Deepavali di Jalan Tengku Kelana, semalam.

Hadir sama, isteri kepada Menteri Besar, Shamsidar Taharin dan ahli Exco Kerajaan Negeri.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa turut mengkritik langkah Kerajaan Persekutuan memperuntukkan belanjawan sebanyak 82 peratus untuk pengurusan, manakala hanya 18 peratus bagi tujuan pembangunan.

Katanya amalan itu bukanlah sesuatu yang baik kerana ia tidak mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara dan membela kesejahteraan rakyat.

“Kita tidak boleh belanja besar untuk mengurus seperti elaun, gaji dan sebagainya. Sebab itu sebagai Menteri Besar saya umumkan gaji Menteri Besar mesti dipotong demi kepentingan rakyat.

“Gaji Exco, Speaker dan Timbalan Speaker juga kita potong tetapi gaji Adun kita kekalkan kerana kenaikan gaji Adun untuk tahun 2013 adalah munasabah dengan tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya lagi.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-10-30 09:33:05 daripada Administrator

  •  
  • Print