Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB terjah lokasi kempen perangi denggi 9 November

SHAH ALAM, 4 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan menerjah ke salah satu lokasi Program Terjah dan Musnah Aedes Selangor 2014 dalam usaha memerangi wabak di negeri itu, pada 9 November ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata lokasi yang menjadi pilihan Dato’ Menteri Besar sengaja dirahsiakan supaya program itu dinantikan semua pihak dan masyarakat Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri amat serius memerangi wabak denggi kerana begitu meruncing dengan catatan tinggi sejak awal Januari hingga akhir Oktober lalu.

Azmin denggi

“Untuk memperlihatkan betapa seriusnya usaha Kerajaan Negeri dalam membanteras wabak denggi, Dato’ Menteri Besar sendiri akan turun dalam Program Terjah dan Musnah Aedes di salah satu lokasi hotspot denggi di Selangor, pada 9 November ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega : “Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014″, di sini, semalam.

Turut hadir, Mohamed Azmin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohammad Roslan Sakimin.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-11-05 08:35:29 daripada Administrator

  •  
  • Print