Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor rangka program pembangunan terkini pacu sektor pelaburan

SEPANG, 19 NOV: Kerajaan Selangor merangka beberapa program pembangunan bagi memacu sektor pelaburan negeri ke arah yang lebih mapan dan berdaya saing.

Exco Pelaburan, Datuk Teng Chang Kim berkata, usaha kolektif itu perlu dalam mengekalkan dominasi Selangor untuk terus menerajui sektor pelaburan negara.

Chang Kim turut yakin Selangor mampu mendepani cabaran masa depan untuk terus kekal mendominasi sektor pelaburan negara, bahkan pihaknya akan terus memperkasa sektor pembuatan selain memberi fokus terhadap sektor perkhidmatan.

Lawatan Bersama SSIC (11)“Cabaran semakin besar, kita perlu gerakkan usaha meyakinkan pelabur asing mengapa Malaysia adalah destinasi pilihan berbanding negara asia lain. Dan mengapa Selangor adalah negeri terbaik jika mereka memilih melabur di Malaysia.

“Bagi pelabur asing, Jepun masih di tangga teratas diikuti Amerika Syarikat dan Singapura.

“Sementara itu, merujuk kepada Gross Domestic Product (GDP), sektor perkhidmatan menyumbang sekitar 56 peratus. Sektor ini berkait rapat dengan sektor pembuatan jadi kedua-duanya perlu diberi perhatian,” katanya.

Chang Kim berkata, Kerajaan Negeri akan menganjurkan ‘Selangor Expo’ sebuah program khusus untuk menarik pelabur asing dan domestik bermula tahun hadapan.

“Ini adalah langkah pertama kita untuk menarik pelabur, maklumat lanjut berhubung expo ini hanya akan diperincikan selepas belanjawan 2015 dibentangkan,” katanya, di sini, semalam.

yb teng 1Ketika ditanya sama ada kemelut jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini merencatkan aktiviti pelaburan negeri, Cham Kim berkata, keadaan kembali pulih selepas jawatan terpenting itu diisi.

“Keadaan politik Selangor hari ini kembali stabil selepas proses pertukaran Menteri Besar selesai. Jadi, untuk tempoh tiga tahun akan datang ini saya yakin keadaan politik tidak akan menjejaskan sektor pelaburan kerana kita mempunyai kerajaan yang kuat,” katanya.

Untuk rekod, prestasi pelaburan Selangor tetap meningkat dengan mencatatkan jumlah tertinggi projek perkilangan yang diluluskan berbanding negeri lain, bermula Januari hingga Julai lalu.

Sebanyak 153 projek perkilangan diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan bernilai RM4.58 bilion, diikuti Johor 116 projek (RM18.66 bilion) dan Pulau Pinang membabitkan 96 projek (RM4.62 bilion).


Kemaskini pada 2014-11-20 11:42:06 daripada Administrator

  •  
  • Print