SHAH ALAM, 24 DIS: Bencana banjir kritikal yang melanda pantai timur mengakibatkkan akses ke laluan utama setiap negeri terputus sehingga membantutkan usaha Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) menyalurkan bantuan.
Pasukan pertama dengan kekuatan 10 orang yang dijadual bertolak, pada 26 Disember ini terpaksa membatalkan hasrat berkenaan sehingga suasana kembali pulih.
Mereka ditugaskan untuk membuat tinjauan dan melihat kawasan utama yang memerlukan sumbangan.

Ketua Pengarah Pantas, Hamsah DJabir ketika dihubungi berkata, semua barangan bantuan yang akan diserahkan kepada mangsa sudah tersedia dan pasukan kedua seramai 40 orang pula dijadualkan bergerak, pada 28 Disember ini.
“Saya sudah keluarkan arahan supaya ditangguhkan terlebih dahulu sehingga laluan masuk mudah dan selamat untuk menghantar seramai mungkin sukarelawan.
“Sebagai badan bukan kerajaan, kita kena utamakan keselamatan sebelum ingin menyelamatkan orang,” katanya kepada Selangor Kini.
Secara keseluruhan, lebih 30,000 mangsa bajir dari Kelantan, Terengganu dan Pahang berhadapan situasi sukar ekoran hujan tanpa henti selain pelepasan air empangan yang mengakibatkan beberapa kawasan ditenggelami air.
Kejadian kali ini difahamkan paling buruk yang pernah berlaku sejak 10 tahun lalu.
Sumber : www.selangorku.com
Kemaskini pada 2015-01-08 11:29:19 daripada Administrator