Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Peniaga jangan lepas peluang peruntukan RM100 juta Skimsel & Mimbar

AMPANG, 7 FEB: Golongan peniaga kecil yang berkelayakan diseru tidak melepaskan peluang menyertai Program Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) dan Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel).

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan berkata, hal itu berikutan peruntukan RM100 juta seperti diumumkan Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan 2015 lalu adalah jumlah besar yang perlu dimanfaatkan golongan usahawan negeri itu.

mimbar“Dalam belanjawan lepas, MB sendiri dah umumkan RM100 juta dalam Mimbar dan Skimsel untuk peniaga sedia ada dan juga membina perniagaan baru dalam keadaan ekonomi yang getir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini selepas menghadiri Majlis Penutup Program International Youth Gathering (IYG) Kali Ke-12, di Hotel Flamingo, semalam.

Beliau berkata, peruntukan besar itu diwujudkan bagi membantu peniaga kecil mengharungi keadaan ekonomi yang lembab sepanjang tahun ini.

amirudin shariSkimsel adalah skim pinjaman tanpa cagaran dan faedah khusus untuk rakyat miskin luar bandar memulakan perniagaan dengan matlamat mengeluarkan golongan terbabit dari kitaran kemiskinan, manakala Mimbar pula dikhususkan bagi golongan miskin bandar bagi tujuan sama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Ibu Pejabat Mimbar Selangor di talian 03-55413616 dan Yayasan Dar al Qard al Hassan Selangor (bagi Skimsel) 03-5519 1692 dan 03-55212312 atau terus ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan masing-masing.


Kemaskini pada 2015-02-10 11:35:20 daripada Administrator

  •  
  • Print