Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Projek terbengkalai 10 tahun Taman Desa KKB hampir siap

HULU SELANGOR 9 FEB: Kerajaan Selangor memberikan nafas baru Projek Taman Desa Bukit Bujang, Ampang Pecah yang terbengkalai hampir 10 tahun dengan menyelesaikan masalah itu.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, sebelum ini projek itu tergendala disebabkan isu pembayaran kos infrastruktur serta masalah pemberi milikan tanah sehingga menyebabkannya berlarutan.

kkb

Menurutnya, keadaan itu mengundang keresahan pembeli yang menunggu lama memiliki rumah itu.

Mesyuarat Exco pada 15 Oktober 2014, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi kelulusan ke atas Pemberi Milikan dan Kos Infrastrukur diserap di dalam harga jualan rumah.

Pemaju dihendaki pembayar premium tanah mengikut harga pasaran.

“Malah sebelum ini, terdapat juga sebilangan penduduk mengugut mengambil tindakan undang-undang kepada pemaju disebabkan permasalahan berlaku,” katanya dalam kenyataan media.

ADUN KKB

Menurutnya, pada 1995 kawasan berkenaan pada asalnya dimajukan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampang Pecah bersama pemaju terlibat bagi pelaksanaan Program Pembesaran Kampung melibatkan tanah seluas 165 ekar.

Kee Hiong berkata, namun begitu masalah berlaku apabila timbulnya isu masalah kos infrastruktur yang sepatutnya ditanggung Pejabat Tanah Daerah (PTD) Hulu Selangor.

“Sejak itu, saya telah bawa isu ini beberapa kali ke Sidang Dewan Undangan Negeri bagi mendapatkan perhatian dan tindakan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Menerusi pemantauan dijalankan di tapak projek itu, Kee Hiong berkata kebanyakan rumah kini hampir siap 95 peratus.

Katanya, pihaknya yakin projek ini akan berjaya menyediakan kawasan perumahan yang ideal bagi rakyat.

Sumber : http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-11 10:25:08 daripada Administrator

  •  
  • Print