KLANG 9 FEB: Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi hari ini turun padang menyampaikan sumbangan kepada 30 mangsa denggi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini.
Beliau turut mendapat taklimat daripada pihak hospital berkenaan perkembangan terkini hospital itu.

Difahamkan demam denggi meningkat di kawasan lembah klang dan situasi ini amat membimbangkan sehinggakan hospital menerima pesakit pada kadar tinggi.
Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, gerakan besar-besaran melibatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dilakukan bagi memerangi wabak denggi.
Sumber : http://bm.selangorku.com/
Kemaskini pada 2015-02-11 10:49:58 daripada Administrator