Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kurang kemudahan, HTAR terpaksa pindah pesakit denggi

SHAH ALAM, 17 FEB: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang terpaksa memindahkan pesakit denggi ke beberapa hospital lain bagi menampung jumlah yang semakin meningkat.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata, terdapat beberapa pesakit dipindahkan ke Hospital Banting dan Hospital Sungai Buloh ekoran kepadatan yang dialami HTAR.

Terjah denggi MB di Seksyen 6 Shah Alam (9)

“Kita akui Hospital Klang (HTAR) sudah terlalu sesak untuk menempatkan pesakit denggi yang meningkat. Kerajaan Negeri sedang tunggu Hospital Shah Alam untuk siap sepenuhnya bagi menampung kesesakan terbabit.

“Selain itu, kita juga sedang menanti pembinaan Hospital Kapar. Tidak dinafikan, kemudahan yang mampu diberikan agak terhad untuk pesakit denggi, namun kita tidak dapat elakkan masalah itu terutama di Hospital Klang,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Baru-baru ini, berlaku kesesakan di HTAR ekoran kekurangan katil sehingga wad yang asalnya mempunyai 20 katil ditambah kepada 40 katil untuk menampung keperluan pesakit denggi.

dr daroyah

Selain itu, katil kanvas turut ditempatkan di hospital berkenaan untuk mengatasi kesesakan terbabit.

Terdahulu, Selangor Kini melaporkan negeri itu mencatatkan 6,686 kes denggi dan 17 kematian, sehingga 31 Januari lalu.

Petaling terus mendahului daerah lain di Selangor apabila mencatat 3,212 kes denggi dengan 11 kematian untuk tempoh sama.

Sumber Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor menyatakan, Hulu Langat muncul daerah kedua dengan 1,162 kes diikuti Klang (983), Gombak (658), Kuala Langat (194), Hulu Selangor (165), Sepang (154), Kuala Selangor (132) dan Sabak Bernam (26).

-NFN-

Sumber : http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-18 14:32:50 daripada Administrator

  •  
  • Print