Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hari Sukarelawan Selangor santuni warga emas

SHAH ALAM, 27 FEB : Pusat Khidmat DUN Sementa dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan, Sinar Ehsan akan menjayakan program Selangor Volunteerism Day (SVD) di rumah jagaan warga emas Al-Ikhlas, Pulau Meranti, Dengkil pada 28 Februari ini.

Exco Kesihatan , Dr. Daroyah Alwi berkata program itu bertujuan membantu warga emas yang lebih memerlukan perhatian dan sokongan moral bagi mendekati dan menyantuni mereka.

MBPJ Program Warga Emas Sihat 02

Menurut beliau, turut hadir bersama menjayakan program ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor seramai 20 orang.

“Antara aktiviti dijalankan selain memasak bersama warga emas, kami juga akan membaiki bumbung rosak, mengecat dan gotong royong membersihkan persekitaran perumahan.

“Kami juga akan membawa sukarelawan pelajar-pelajar KUIS dan Unisel untuk berinteraksi dengan warga emas,” kata beliau sewaktu dihubungi Selangorkini.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-02-27 15:34:40 daripada Administrator

  •  
  • Print