Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

SPAN iktiraf usaha Selangor pastikan air cukup, selamat diminum

SHAH ALAM, 28 FEB: Keputusan analisis pensampelan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mendapati air mentah dari kolam alternatif yang dipam ke Sungai Selangor selamat untuk digunakan termasuk sebagai air minuman.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, ini berikutan analisa pensampelan dijalankan pada 20 Januari lalu mendapati kesemua parameter mematuhi kualiti air mentah disyorkan Garis Panduan Kualiti Air Minum Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

projek air 4

“Kerajaan Selangor mengambil serius dalam usaha memastikan sumber air mentah di Selangor adalah selamat untuk digunakan oleh rakyat.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memulakan operasi pengepaman air kolam alternatif di Bestari Jaya semenjak 2 Februari 2015 lalu dengan pengeluaran sehingga 700 juta liter sehari (JLH).

“Kerajaan Negeri sentiasa memastikan air kolam dipam ke Sungai Selangor ini mematuhi piawaian air mentah KKM untuk dirawat oleh loji rawatan air (LRA) dan pensampelan kualiti air kolam ini dijalankan oleh JKNS dan dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM),” kata Zaidy dalam kenyataan medianya.

Jelas beliau kerja menganalisa sampel air kolam alternatif ini dijalankan secara mingguan dan keputusan analisa pensampelan ini dimuatnaik ke portal LUAS bermula 14 Jun 2014 untuk rujukan pengguna air di Selangor.

Kata Zaidy lagi, proses pemantauan kualiti air melalui tiga peringkat iaitu; 1) pemantauan di kolam alternatif oleh LUAS dan JKNS, 2) pemantauan air mentah di sungai dan muka sauk oleh LUAS, operator loji dan JKNS, dan iii) pemantauan air terawat selepas proses rawatan di LRA oleh operator loji dan JKNS.

“Kerajaan Negeri tampil memberi penjelasan berikutan ada pihak cuba mengelirukan rakyat dengan meragui tahap kesihatan air mentah di kolam ini.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang telah memberi kenyataan mengiktiraf usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah sumber bekalan air mentah,” kata Zaidy.

Tambah Zaidy, Kerajaan Negeri juga mengawal ketat kadar pelepasan air di empangan Sungai Selangor melalui kelulusan LUAS secara harian dengan semakan pelepasan tiga kali sehari bagi mengoptimakan aliran air sungai sedia ada dan sumber air daripada kolam alternatif.

“Gabungan langkah pengurangan pelepasan air empangan dan pengepaman air kolam alternatif ini dapat memenuhi keperluan Loji Rawatan Air dan memanjangkan hayat kapasiti empangan,” kata Zaidy lagi.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-09 08:27:28 daripada Administrator

  •  
  • Print