Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Skim Ceria: Selangor belanja RM500,040 cat Subang Perdana Court 2

SUBANG JAYA, 11 MAC: Bangunan 12 blok Subang Perdana Court 2 berwajah baru apabila kerja mengecat semula kediaman bertingkat itu selesai dijalankan, pada Januari lalu.

Projek menceriakan pangsapuri terbabit dijalankan di bawah Skim Ceria dengan peruntukan RM500,040 melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, kali terakhir pangsapuri terbabit dicat semula, kira-kira 10 tahun lalu.

PC Hannah Yeoh cat 12 blok flat USJ 6 (1)

“Keadaan sangat berubah sekarang dengan adanya Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang aktif dan mereka juga memohon Skim Ceria untuk kediaman, di sini.

“Skim ini melibatkan perkongsian tanggungjawab kerajaan. Penduduk sendiri turut membayar RM100,008 atau 20 peratus untuk kos mengecat yang dibayar oleh JMB,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Subang Perdana Court 2, di sini, hari ini.

Hannah berkata, pangsapuri itu juga sudah menerima bekalan 20 meter padu air percuma yang juga salah satu daripada program MES.

Selain itu, Pangsapuri Subang Perdana Court 2 turut memiliki perpustakaan yang juga sebagai pusat pembelajaran sejak 2011 hasil daripada peruntukan RM7,000 daripada pejabat Adun.

PC Hannah Yeoh cat 12 blok flat USJ 6 (3)

“Di sini juga diadakan tuisyen Bahasa Inggeris percuma untuk anak penduduk setiap Sabtu yang diajar guru sukarelawan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha JMB Subang Perdana Court 2, Nor Roslawati Mohd Nor berkata, pihaknya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang meluluskan permohonan menyertai Skim Ceria.

“Keadaan berbeza daripada dahulu kerana banyak perkara dah ditambahbaik. Jadi, saya harap penduduk beri kerjasama untuk bayar caj penyelenggaraan pangsapuri kita,” katanya.

-NFN-

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 10:01:40 daripada Administrator

  •  
  • Print