Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Selangor catat penurunan denggi sejak 4 minggu

SHAH ALAM, 12 MAC: Kes denggi di Selangor terus mencatat penurunan dalam tempoh empat minggu berturut-turut, kata Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi.

Beliau berkata, perkembangan positif itu hasil gerak kerja besar-besaran mencegah kes denggi di Daerah Petaling, pada 7 dan 8 Februari lalu.

Terjah denggi MB di Seksyen 6 Shah Alam (7) (1)

“Petaling adalah daerah tertinggi. Jika kita dapat kurangkan di situ, maka jumlah kes denggi secara keseluruhannya juga akan berkurangan.

“Alhamdulillah, langkah itu membuahkan hasil kerana pada penghujung Januari terdapat lebih 1,000 kes, namun Februari jatuh kepada 917 dan menurun lagi awal bulan ini,” katanya dalam sidang media.

Sehingga kini, terdapat 16,354 kes denggi dilaporkan di Selangor dengan 46 kematian berbanding 54,066 kes sepanjang tahun 2014 dengan 77 kematian.

daroyah

Terdahulu, beliau melancarkan kempen Jom Sihat SUK Selangor dan Jom Minum Air Selangor di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Daroyah berharap Hospital Shah Alam dapat memulakan operasi bagi mengatasi kesesakan pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Sebelum ini hospital berkenaan dilaporkan akan dibuka pada Oktober 2014, kemudian dianjakkan ke tahun ini. Tetapi, sehingga kini kita tidak tahu bila tarikh sebenarnya,” katanya.

-NFN-

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 10:04:15 daripada Administrator

  •  
  • Print