Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kubah Masjid Negeri Shah Alam dinaik taraf mulai April

SHAH ALAM, 16 MAC : Kerja-kerja menaik taraf kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri di Shah Alam yang menjadi simbol keagungan masyarakat Islam di negeri ini dijangka akan dilaksanakan bermula April depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata projek menaik taraf kubah masjid ini dilaksanakan secara tender terbuka yang disiarkan di media cetak pada 12 Februari 2015 dan ditutup pada 12 Mac lalu.

Masjid Shah Alam

“Dijangkakan kerja-kerja menaik taraf kubah masjid ini akan bermula pada April 2015 dengan tempoh 18 bulan untuk disiapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata perancangan bagi menaik taraf kubah masjid berkenaan sudah dimulakan sejak tahun lalu di mana Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor diminta membuat penilaian teliti berkaitan kerosakan termasuk cadangan pembaikan yang bakal dilaksanakan ke atas kubah itu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan masjid berusia 22 tahun itu semakin menjadi bualan penduduk sekitar Shah Alam apabila keadaannya kini sudah tidak seperti dahulu.

Penduduk sekitar dan pengunjung melahirkan rasa kecewa apabila melihat kubah dan dindingnya seperti tidak diselenggara dengan sempurna.

Malah tinjauan Sinar Harian turut mendapati permukaan kubah kelihatan tidak berseri dan ia jelas dilihat walaupun kedudukannya agak tinggi.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 10:28:48 daripada Administrator

  •  
  • Print