Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MPK: Letak kenderaan ditempat disediakan elak disaman & ditunda

SHAH ALAM, 17 MAC: Pemilik kenderaan bermotor dinasihatkan meletakkannya di lokasi disediakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi mengelakkan tindakan tunda dilakukan.

Yang diPertua MPK, Datuk Mohammad Yacob berkata ia merujuk kepada kawasan perumahan, taman bunga, kawasan lapang, lorong penjalan kaki, lorong basikal, taman rekreasi atau hiburan mahupun padang permainan.

Attachment-1

Ia juga membabitkan bulatan lintas, batasan tengah sepanjang jalan, sisian jalan, rizab jalan, sungai, anak sungai, tebing sungai atau sebarang tanah yang diselenggara oleh MPK.

Mohammad berkata MPK akan mengambil tindakan tegas sekiranya pihak yang terbabit masih berdegil walaupun amaran dikeluarkan.

“Mereka yang inggar akan dikenakan tindakan tunda kenderaan yang membawa denda tidak melebihi RM2,000 atau kompaun sebanyak RM1,000,” katanya.

Beliau berkata penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Taman (UUK) adalah usaha kawalan berterusan agar persekitaran berada dalam keadaan kondusif di samping mendidik masyarakat bertanggungjawab.

Untuk rekod, bagi 2014, sebanyak 2066 kenderaan ditunda di bawah Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005 dan setakat Februari 2015, sebanyak 402 kenderaan diambil tindakan bagi kesalahan yang membawa denda tidak melebihi RM2,000 atau kompaun sebanyak RM1,000.

Bagi kenderaan berat, sebanyak 1,635 dikenakan kompaun bagi 2014 dan setakat dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 235 kompaun dikeluarkan di bawah UUK 7(1),UUK Taman (Kenderaan Berat).

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 10:29:56 daripada Administrator

  •  
  • Print