Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Mural Laman Seni 7 rosak, MBSA bincang dengan gedung tekstil

SHAH ALAM, 20 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan perbincangan dengan pemilik gedung tekstil berhubung tindakan gedung pakaian terkenal itu membina tangga hingga merosakan mural yang terdapat di Laman Seni 7, di sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, perbincangan itu perlu diadakan bagi menjamin kewujudan ruang pameran kesenian yang mula menjadi salah satu daya tarikan pengunjung di bandaraya itu.

laman seni seksyen 7 MB 8a

“MBSA akan berbincang dengan pemilik premis berkenaan supaya dapat menyelesaikan perkara ini. Laman Seni 7 sudah menjadi daya tarikan pelancongan yang baru dan terkenal di Shah Alam.

“Musim cuti persekolahan ini dijangka lebih ramai pengunjung akan berkunjung ke laman seni ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Katanya, Laman Seni 7 akan terus berjalan seperti biasa dengan menonjolkan lebih banyak lagi hasil seni menarik yang boleh ditatapi pengunjung.

Terdahulu beberapa individu di Laman Facebook menyifatkan gedung tekstil terbabit kurang memberi kerjasama terhadap usaha mencantikkan lorong belakang itu sebagai ruang pameran karya seni.

MBSA-Shahrin Ahmad

Walaupun kurang mendapat kerjasama gedung berkenaan, MBSA dengan kerjasama penggiat seni berjaya mengubah lorong belakang itu dari lorong terbiar dipenuhi tikus dan air longkang berbau busuk kepada kawasan yang menarik perhatian orang ramai.

Selepas lorong belakang itu bertukar wajah, gedung tekstil terbabit dikatakan mengambil kesempatan dengan membina tangga untuk dijadikan satu lagi pintu masuk ke premis mereka.

Tindakan itu menyebabkan perasaan kurang senang pengunjung ekoran tindakan itu dikatakan merosakkan beberapa karya seni yang ditempatkan di lorong terbabit.

-NFN-

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 10:35:16 daripada Administrator

  •  
  • Print