Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB: Maqasid Syariah asas perbahasan DNS & penggubalan dasar baharu

SHAH ALAM, 30 MAC: Gagasan Maqasid Syariah disentuh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dalam titah ucapan pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini menjadi asas perbahasan dan penggubalan dasar baharu dalam sidang itu nanti.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata titah Sultan Selangor itu adalah selaras dengan prinsip Kerajaan Negeri dalam usaha pembangunan negeri.

MB Sultan

“Saya gembira kerana Tuanku bertitah ketika perasmian DNS dengan meletakkan gagasan penting untuk Kerajaan Negeri meneruskan pembangunan dan kemajuan.

“Antara titah Tuanku ialah supaya negeri memiliki keutamaan dalam melaksanakan dasar dan Tuanku sendiri menegaskan gagasan Maqasid Syariah yang selaras dengan tuntutan Islam pada hari ini di dalam pembangunan sesebuah negeri,” katanya kepada pemberita selepas penangguhan DNS di sini, hari ini.


Beliau berkata, perhatian Sultan Selangor berhubung isu pendidikan dan perumahan juga menjadi tumpuan khusus Kerajaan Negeri.


“Ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri hari ini yang mahu melihat pembangunan rumah mampu milik diberikan tumpuan khusus dan juga pendidikan kerana kita memiliki dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).


“Kita mahu kedua-dua universiti ini dapat melahirkan graduan mempunyai ilmu pengetahuan yang baik dan dapat bersaing dalam pasaran pada hari ini,” katanya.


EZY


Sumber : http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-04-01 11:31:18 daripada Administrator

  •  
  • Print