Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kerajaan Negeri tunggu laporan lengkap kejadian rumah mendap

KLANG, 4 APR: Laporan lengkap insiden rumah mendap di Seksyen 7 Shah Alam akan diteliti sebelum sebarang tindakan diputuskan, kata Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau menambah, antara pilihan dipertimbangkan ialah membina semula kesemua rumah yang terjejas.

“Perundingan untuk bangunkan semula sudah diadakan sejak beberapa tahun lepas namun adakala beberapa pemilik tidak bersetuju.

“Sehingga ada keputusan dicapai kali ini, para penghuni diminta untuk terus menetap di Hotel De Palma demi keselamatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sejurus Majlis Perasmian Pembukaan Pemborong GM Klang di sini pagi ini.

Sebanyak 12 keluarga di Jalan Plumbum 7/101A dipindahkan daripada kediaman masing-masing selepas rumah mereka mengalami keretakan teruk disebabkan tanah mendap pada 2 April lalu.

Kesemua mereka ditempatkan sementara di Hotel De Palma Shah Alam dan ditanggung PKNS sepenuhnya.

Berikutan itu, Pegawai Daerah Petaling Datuk Mohd Misri Idris mengisytiharkan perumahan berkenaan sebagai kawasan bencana tahap satu.

Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok menyusuli sesi penerangan tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama mangsa.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-06 10:11:30 daripada Administrator

  •  
  • Print