Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Shah Alam Enduride uji ketahanan 1,500 peserta berbasikal

SHAH ALAM, 5 APR : Lebih 1,500 peserta dari seluruh negara dan pelbagai peringkat usia menyertai program Kayuhan Shah Alam Enduride 2015 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pagi tadi.

Ketahanan mental dan fizikal mereka diuji dengan jarak kayuhan sejauh 130 kilometer merentasi beberapa daerah seperti Gombak dan Kuala Selangor, serta laluan sekitar Shah Alam, Bukit Jelutong dan Sungai Buloh.

“Acara ini adalah usaha berterusan MBSA untuk mewujudkan Shah Alam sebagai bandar raya mampan, hijau dan vibrance di mana masyarakatnya menjadikan aktiviti sukan sebagai budaya dan gaya hidup,” menurut kenyataan media Bahagian Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Penganjuran program ini merupakan kali kedua buat MBSA dengan kerjasama perancang acara berbasikal, Pedal Explorer.

“Bukan sahaja bermatlamat menyediakan fasiliti sukan bertaraf antarabangsa seperti Stadium Shah Alam, Stadium Tertutup Melawati dan sebagainya, malah MBSA juga bersedia menganjurkan aktiviti sukan bertaraf antarabangsa,” menurut kenyataan itu lagi.

Peserta yang berjaya menghabiskan kayuhan dalam tempoh masa ditetapkan dan mengikuti siri penjelajahan Enduride 2015 serta mengumpul mata terbanyak akan menerima sijil pengiktirafan termasuk trofi dengan gelaran ‘Endurider 2015′.

Shah Alam Enduride mempertandingkan lapan kategori antaranya, Lelaki Veteran (56 tahun ke atas), Lelaki Master (36 hingga 45 tahun), Lelaki Senior Master (46 hingga 55 tahun), Terbuka Lelaki (35 tahun ke bawah), Master Wanita (36 tahun dan ke atas), Terbuka Wanita (35 tahun ke bawah), Lelaki Junior (bawah 18 tahun) dan Piala Pasukan Keseluruhan Terbaik.

Acara pelepasan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang turut berkayuh sejauh 18.5 kilometer bersama pengarah-pengarah Jabatan MBSA, wakil agensi dan para penaja.

http://bm.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-04-06 10:13:26 daripada Administrator

  •  
  • Print