Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Peniaga ingkar berdepan kompaun RM500

BANTING, 30 APR: Kompaun maksimum RM500 menanti peniaga ingkar yang membahayakan pengunjung dengan meletakkan kerusi dan meja di kawasan tempat letak kereta.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, tindakan itu bagi memberi kesedaran kepada semua peniaga di wilayah seliaannya supaya tidak sewenang-wenang mengaut keuntungan lebih.

Katanya, kompuan itu diambil di bawah Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133).

IMG_0526

“MDKL tidak akan berkompromi terhadap pemilik premis yang ingkar dan mengambil mudah aspek keselamatan masyarakat setempat dalam mengendali operasi perniagaan mereka.

“Pelanggan juga dinasihat lebih mengutamakan keselamatan dalam memilih persekitaran premis yang selesa dan selamat,” katanya dalam kenyataan media.

Baru-baru ini, MDKL melancarkan operasi bersepadu melibatkan tujuh anggota penguatkuasa dibantu dua polis IPD Kuala Langat.

Hasil operasi, 74 kerusi dan 16 meja yang diletakkan di kawasan parkir MDKL disita.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/ 


Kemaskini pada 2015-05-05 10:59:34 daripada Administrator

  •  
  • Print