Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

TASKA, hospitaliti & skim pencen tambah baik kebajikan pekerja

SHAH ALAM, 5 MEI: Kerajaan Persekutuan perlu lebih prihatin dalam penambahbaikan kebajikan dan hak pekerja khususnya kemudahan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

Adun Ijok, Dr Idris Ahmad berkata, kemudahan itu di sektor awam antara yang boleh dipertimbangkan bagi menggalakkan lebih ramai wanita bekerja.

anak kecil tadika taska 25 julai

“Lebih meringankan jika kos TASKA ditampung separuh oleh kerajaan dan penjaga dilatih khas untuk menjaga anak-anak pekerja.

“Tujuannya meringankan beban pekerja yang gaji minimum berbanding menghantar ke rumah asuhan yang lebih mahal dan tiada jaminan keselamatan,” katanya sewaktu dihubungi Selangor Kini.

Idris berkata, kerajaan perlu menambah baik skim pencen termasuk menyelaraskan umur pengeluaran penuh dengan umur persaraan minimum.

“Kerajaan perlu meneliti cadangan dikeluarkan dengan melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 hingga 100 tahun.

“Ia dilihat tidak wajar kerana pada seusia itu, ada antara mereka ingin menunaikan haji dan umrah tetapi disekat kerana had umur belum mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, perlunya penambahbaikan sistem hospitaliti kerajaan kerana kebanyakan orang ramai berurusan dengan klinik dan hospital kerajaan.

“Mereka mengalami keadaan kesesakan dan tempoh masa agak lama mendapatkan rawatan, justeru ramai memilih ke klinik atau hospital swasta.

“Kerajaan perlu memikirkan cara memberi kemudahan dan keutaman kepada pekerja kerajaan mendapatkan rawatan tempoh rawatan singkat,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/ 


Kemaskini pada 2015-05-05 11:09:18 daripada Administrator

  •  
  • Print