Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

MB: Selangor pacu langkah ke arah entiti pelaburan global

PETALING, 18 MEI: Kerjasama agensi berkaitan dan peranan penuh pemain utama pelaburan tempatan sebagai satu pasukan mampu merealisasikan Selangor sebagai entiti pelaburan global.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Selangor turut menekankan akauntabiliti berhemah sejajar dengan matlamat mewujudkan ekonomi berasaskan pengetahuan.

_MG_9969 copy

“Ketika sedang bersedia memacu ekonomi dan kesejahteraan rakyat kita memerlukan pengurusan dan kawalan sistem yang cekap daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Proses kawal selia bidang kuasa juga perlu dipercepatkan bagi mengekang birokrasi kerana memberi kesan kepada kecekapan perusahaan perniagaan dan pertumbuhan ekonomi selain menyusun semula penyelenggaraan serta pengurusan taman perindustrian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Invest Selangor Berhad (ISB) yang turut dihadiri Exco Pelaburan, Datuk Teng Chang Kim dan Ketua Pegawai Eksekutif ISB, Hasan Azhari Idris di Hotel Hilton, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin berkata, penjenamaan semula ISB daripada Selangor State Investment Centre (SSIC) diramal membuka peluang pelaburan lebih luas.

_MG_0100 copy

Mohamed Azmin juga melahirkan keyakinan negeri termaju itu bersedia sepenuhnnya menjadi entiti global bersandarkan kepada kejayaan Selangor menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana pelaburan,

“Selangor bersedia menerajui sektor pelaburan. Kita mempunyai pelabuhan laut terbesar, lapangan terbang, lebuhraya utama dan sistem pengangkutan awam serta pautan internet yang pantas.

“Oleh itu, kita perlu bergerak seiring dengan usaha semasa untuk menambah baik infrastruktur,” katanya.

ISB adalah anak syarikat Kerajaan Negeri yang beroperasi sejak 1999 dan berperanan mempromosi Selangor sebagai destinasi pelaburan terbaik di Malaysia dan rantau Asia.

Prestasi pelaburan Selangor melalui ISB terus cemerlang dengan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi RM117.75 bilion membabitkan 4,173 projek perkilangan iaitu 19 peratus daripada semua pelaburan diluluskan seluruh negara, bermula tahun 2000 hingga 2014.

Sepanjang tempoh itu, RM60.45 bilion adalah pelaburan tempatan dan RM57.30 bilion pelaburan asing, manakala 328,168 potensi peluang pekerjaan diwujudkan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-05-20 11:36:21 daripada Administrator

  •  
  • Print