Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Tiga pensyarah UNISEL diiktiraf National Outstanding Educator Award 2015

SHAH ALAM, 19 MEI: Tiga pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) Universiti Selangor (Unisel) dipilih sebagai finalis National Outstanding Educator Award 2015.

Dr Suziyanti Marjudi, Dr Mohd Fahmi Amran dan Faudzi Ahmad turut menerima sijil pengiktirafan dalam satu majlis yang diadakan di Kolej Antarabangsa Kirkby, baru-baru ini.

“Kejayaan membanggakan ini turut menaikkan nama Unisel di seluruh negara.

1e8a5361b0a2cf1c41f9a657f956af7f

“Ia juga diharap mampu menjadi pembakar semangat buat seluruh warga universiti dalam mencapai kejayaan di pelbagai bidang,” kata satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Komunikasi Korporat Unisel.

Program anjuran Koperasi Pendidikan Swasta Malaysia Berhad itu menyaksikan kira-kira 30 finalis di pilih, manakala 18 lagi pemenang pelbagai kategori.

Ia adalah usaha meraikan pendidik institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seluruh negara sempena Hari Guru, pada 16 Mei lalu.

Seramai 250 wakil pelbagai IPTS menghadiri majlis itu yang turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-05-20 11:38:36 daripada Administrator

  •  
  • Print