Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Karnival Sihat Selangor tingkat gaya hidup aktif masyarakat

SELAYANG, 31 MEI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan menganjurkan Program Karnival Sihat Selangor 2015 di Laman Beringin, Selayang Utama, di sini, pada 13 Jun ini.

Yang Dipertuan MPS, Suliman Abd Rahman berkata, program diadakan dengan kerjasama Ahli Majlis MPS, Chua Wei Kiat, manakala perasmian akan disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

periksa kesihatan 01


“Ia bertujuan mendidik masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil pemakanan seimbang.

“Mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan pergigian secara percuma.

“Selain itu, ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan memelihara persekitaran dan menjalankan aktiviti senaman untuk kehidupan yang sihat,” katanya di sini, baru-baru ini.

Suliman juga mengundang semua Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MPS turut sama menjayakan program berkenaan dalam usaha mengeratkan hubungan bersama masyarakat.

“Kehadiran mereka akan mendekatkan warga MPS dengan orang ramai terutama penduduk sekitar selain mengetahui masalah setempat,” katanya.


Sumber : www.selangorku.com


Kemaskini pada 2015-06-01 08:27:32 daripada Administrator

  •  
  • Print