Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Struktur binaan Taman Ehsan Jaya bermasalah, 80% retak & bocor

KLANG, 2 JUN: Pembeli rumah Taman Ehsan Jaya, di sini, kesal apabila kediaman mereka berdepan masalah struktur binaan walaupun sijil kebenaran menduduki (CCC) sudah dikeluarkan.

Tinjauan Selangor Kini mendapati hampir 80 peratus rumah berdepan masalah dan kerja baik pulih sedang dilakukan pemaju.

Ia dilakukan ekoran rungutan pembeli yang tidak berpuas hati apabila berlaku kebocoran dan keretakan pada dinding.

IMG_7641

Selain itu, terdapat masalah sistem paip air dan sambungan elektrik mengakibatkan pembeli terpaksa mengeluarkan belanja sendiri supaya membolehkan mereka mendiami kediaman dalam kadar segera.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, pemaju sudah memagar sekeliling kawasan taman seperti yang dijanjikan, namun perkara berkenaan tidak dimaklumkan ketika memohon kebenaran merancang (KM).

Pemaju juga gagal membina tembok tebing sungai dengan sempurna selain tidak mampu menyiapkan jalan masuk utama dalam tempoh yang dijanjikan.

“Tembok penghadang bersebelahan Sungai Aur runtuh dua kali dan masih belum dibaik pulih. Kawasan itu akan berhadapan banjir jika air sungai naik dan sudah menjejaskan pangsapuri bersebelahan.

“Sebelum ini, jalan juga belum diturap sepenuhnya dan struktur longkang juga tidak disiapkan dengan kemas. Pemaju hanya bertindak selepas saya menulis surat kepada mereka berhubung masalah yang dihadapi,” katanya di sini, hari ini.

IMG_7642

Katanya, pembeli sudah meluahkan kekesalan dalam dua pertemuan sebelum ini ekoran kelewatan penyerahan kunci kediaman selain tindakan kurang cermat pemaju menyiapkan projek berkenaan.

Rumah teres dua tingkat dibina pemaju Melati Ehsan itu mempunyai 254 unit dan dijual pada harga sekitar RM430,000 seunit, bahkan ia harus siap sepenuhnya pada Oktober 2014.

Selain itu, tinjauan di kawasan luar taman mendapati pemaju tidak mengalihkan paip utama yang dibina atas longkang kecil.

Ahli Majlis MPK, Yew Boon Lye berkata, paip itu sepatutnya dibina lebih tinggi daripada longkang bagi memudahkan pengaliran air.

“Dalam keadaan paip sebegini, bagaimana air nak mengalir dengan baik? Pemaju perlu mengubahnya bukan membiarkan ia dalam keadaan begitu,” katanya.

Pembeli William Low, berharap masalah itu dapat diselesaikan segera seperti yang dijanjikan.

“Kecuaian pemaju dan pihak bertanggungjawab menjejaskan hasrat pembeli untuk tinggal lebih cepat dan selesa mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-11 08:01:51 daripada Administrator

  •  
  • Print