Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 9-15 Jun

SHAH ALAM, 4 JUN: Hari Muzium Antarabangsa peringkat Selangor 2015 berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah, Klang, mulai 9 hingga 15 Jun ini.

Program anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) bersempena dengan sambutan Hari Muzium Antarabangsa pada 18 Mei setiap tahun.

muzium1

Bertemakan ‘Muzium Untuk Masyarakat Lestari’, sambutan kali ini bertujuan menarik perhatian dan minat orang awam untuk berkunjung ke muzium, memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan disediakan muzium.

Selain itu ia memberi peluang kepada kakitangan muzium berinteraksi dengan masyarakat.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, pelbagai program dan aktiviti disediakan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Antaranya seperti demo perkahwinan Melayu Selangor, pertandingan grafiti, bengkel peracuan artifak, wacana muzium, ceramah agama, pertandingan melukis dan mewarna serta program komuniti bersama rumah kebajikan Safiyyah Homes.

Program berlangsung sepanjang enam hari ini bakal dirasmikan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ini boleh melayari www.padat.gov.my atau hubungi Unit Korporat PADAT di talian 03 – 5519 0050 / 7604.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-11 08:04:25 daripada Administrator

  •  
  • Print