Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kewangan Selangor kukuh dimanfaatkan tingkat kebajikan rakyat

KLANG, 6 JUN : Kedudukan kewangan Selangor yang kukuh sejak 2008 membolehkan Kerajaan Negeri meneruskan program kebajikan untuk manfaat rakyat di negeri itu.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS & Perdangangan serta Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata rizab Selangor yang berjumlah RM3.7 bilion setakat ini digunakan sebaik-baiknya dengan mengutamakan keperluan rakyat.

Selangor maju

“Meskipun perbelanjaan tinggi untuk program kebajikan, tetapi dengan kedudukan kewangan negeri yang sangat baik membolehkan ia dilaksanakan sehingga kini.

“Apa sahaja untuk manfaat rakyat Selangor, kita tidak keberatan untuk teruskan,” katanya pada Majlis Penyerahan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Taman Eng Ann, dekat sini hari ini.

Chang Khim berkata program kebajikan terutamanya SMUE menerima sambutan menggalakkan dari penduduk di daerah Klang sejak ia mula diperkenalkan.

Beliau berkata program sedia ada bukan hanya dikekalkan tetapi ditambah baik dari masa ke masa selaras dengan keperluan rakyat Selangor.

“Kita turut tambah program kebajikan lain seperti biasiswa pendidikan untuk anak Selangor yang belajar di Universiti Selangor (UNISELS) dan dana sara hidup.

“Ia adalah usaha yang belum pernah dilaksanakan di mana-mana negeri,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-11 08:08:01 daripada Administrator

  •  
  • Print