PETALING JAYA, 8 JUN: Pengunjung yang membawa bekas sendiri semasa membeli makanan atau minuman di bazar Ramadan boleh menebusnya bagi mendapatkan hadiah.
Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), berkata ia boleh dilakukan di kaunter penembusan hadiah di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam sebagai usaha menjadikan bazar Ramadan bebas sampah.

“Peniaga digalakkan menggunakan Biogredable Cleaning Product bagi menggantikan polistren bertujuan memudahkan pelupusan dan mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.
“Diharap peniaga mengekalkan kadar harga jualan barangan yang berpatutan pada Ramadan kali ini,” katanya pada Pelancaran Program Chefmanship Akademi di Dewan Sivik MBPJ hari ini.
Pengarah Urusan UFS, Matt Wilke berkata, lebih 100 topik direka khas dalam modul pendidikan bertujuan mengurangkan kos pengendali makanan.
“Dengan pembeli produk dari syarikat UFS, kos pembelian bahan lebih jimat kerana dalam satu pek terdapat bahan diperlukan dan boleh digunakan untuk pelbagai cara masakan.
“Turut diberi penjelasan cara penjagaan kebersihan gerai dan cara mengatasi masalah makanan tidak selamat termasuk keracunan makanan, makanan terdedah dan cirit-birit,” katanya.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2015-06-11 08:11:23 daripada Administrator