Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

PKNS bakal bina 103 projek perumahan

SHAH ALAM, 24 JUN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor merancang pembinaan 103 projek perumahan membabitkan 17,520 unit rumah dalam masa terdekat, kata Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah.

Beliau berkata, PKNS juga akan membelanjakan RM100.5 juta untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan RM29.2 juta untuk program pembangunan usahawan.

tuan Haji PKNS a“PKNS turut mengemukakan beberapa cadangan pembangunan terhadap tanah milik agensi berkaitan kerajaan (GLC) negeri lain.

“Sehingga kini, PKNS sudah menjalin kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk memajukan tapak seluas 10 ekar di U5 Subang Bistari dengan volum jualan kumpulan (GSV) RM1.2 bilion,” katanya kepada Selangor Kini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Azlan berkata, PKNS turut menggariskan Pelan Perancangan Strategik dalam usaha memastikannya terus ke hadapan dalam meraih pertumbuhan sosio ekonomi.

“Lapan teras utama yang digariskan dalam pelan itu adalah PKNS sebagai jenama yang diyakini dan dekat dihati pelanggan, memudahkan pemilikan harta untuk keseimbangan sosio ekonomi, mengoptima perolehan dan keuntungan serta menceburi bisnes baru.

“Selain itu, PKNS turut memperkasa tadbir urus dan pemantapan rohani, menyediakan suasana kerja cemerlang melalui proses kerja berintegriti, melahirkan generasi usahawan berjaya serta warga kerja yang profesional, kompeten dan jati diri tinggi,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-30 15:48:01 daripada Administrator

  •  
  • Print