Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MB umum imbuhan sebulan gaji sempena Aidilfitri

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian imbuhan sebulan gaji kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Pada kenyataan media, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia memberi manfaat kepada 17,534 orang yang berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, ia sebagai menghargai khidmat semua penjawat awam dalam melaksanakan dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti ke arah Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli.

“Imbuhan itu akan dibayar pada 9 Julai ini,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang mengumum p[emberian bonus setengah bulan gaji kepada kakitangannya manakala penjawat awam Kerajaan Persekutuan hanya menerima wang imbuhan RM500.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-30 15:51:51 daripada Administrator

  •  
  • Print