Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Ramadan Yang Mapan pelihara alam

SHAH ALAM, 28 JUN: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor menjalankan pelbagai program kesedaran untuk peniaga dan orang ramai terhadap isu alam sekitar selaras dengan kempen ‘Ramadan Yang Mapan’.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong berkata, antara langkah diambil, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyumbang bahan ‘biodegradeable’ (pinggan, cawan, sudu) kepada peniaga bazar dan beg kitar semula.

Eli RamadanManakala MajlisPerbandaranSelayang (MPS) pula melancarkan Kempen Zero Waste untuk mengurangkan pembaziran makanan dan sisa-sisa pepejal serta minyak masak yang di buang oleh orang ramai.

“Bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula, pekeliling dikeluarkan kepada peniaga supaya tidak menggunakan polisterin dan beg plastik sepanjang tempoh berniaga.

“Begitu juga dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), larangan ini telah dikeluarkan kepada 1126 peniaga di 21 lokasi,” kata Elizabeth Wong dalam kenyataan medianya di sini.

Satu kempen khas, Kempen “JomTapau” turut diperkenalkan Majlis Perbandaran Klang (MPK), yang akan dijalankan secara berterusan bermula Ramadhan ini.

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) turut mengedarkan risalah dan menyediakan tong kitar semula minyak masak di bazar-bazar terpilih.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pula menjalankan kempen Hari Tanpa Beg Plastik di kawasan masing-masing dengan MDKL memilih hari Sabtu dan MDHS memilih hari Rabu.

Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) juga mengadakan satu Taklimat Pasar Ramadan pada 11 Jun lalu bagi memberi penerangan mengenai syarat perlu dipatuhi peniaga dan mengedarkan beg sebagai ganti beg plastik di pasar Ramadan.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pula mengadakan kempen keselamatan makanan dan menangani keracunan Makanan di Bazar Ramadan dan mengedarkan 300 bekas makanan hasil daripada produk tempatan.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2017-12-22 12:20:53 daripada Administrator

  •  
  • Print