Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sumbanglah walau sekampit gula

SUNGAI BULOH, 8 JUL: Masyarakat diminta memainkan peranan dalam menghulurkan sumbangan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) terutama menjelang Syawal.

Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sungai Buloh, Sapura Arshat, berkata ia berikutan ramai OKU tidak mampu berdikari dan terpaksa mengharapkan ahli keluarga membiayai perbelanjaan seharian dan menguruskan diri mereka khususnya bagi yang belum dewasa.

“Saya juga ada anak OKU. Alhamdullilah golongan anak yatim mendapat keistimewaan menjelang perayaan tetapi orang ramai perlu sedar kebanyakan OKU bukan daripada keluarga senang.

oku1“Bila dapat bantuan walaupun tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya menggembirakan keluarga mereka dan bantuan disalurkan beterusan dan tidak terhad pada musim perayaan.

“Di PDK, kami memang harapkan bantuan. Pelatih memerlukan makan, minum, bayar bil api dan air. OKU juga seperti anak yatim yang memerlukan bantuan walaupun sekampit gula.

“Mereka yang berminat menghulurkan bantuan boleh jumpa kami untuk mengetahui apa yang boleh dibantu,” katanya kepada Selangor Kini pada program Jom Shoping 2015 Peringkat DUN Paya Jaras di Econsave Sungai Buloh, di sini, baru-baru ini.

okuSapura juga menggesa orang ramai mengikis persepsi bahawa PDK tidak memerlukan sumbangan dengan alasan pusat pemulihan itu diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pelatih kami yang aktif di PDK memang dapat bantuan JKM setiap bulan RM150 dan di rumah hanya RM50 sahaja. Kalau yang terlantar, RM50 sebulan apa yang dapat? Lampin pakai buang sahaja tak cukup.

“Orang selalu ingat bila PDK bawah JKM, kita dah ditanggung tetapi sebenarnya tidak kerana mereka hanya bayar saguhati petugas RM800 dan elaun anak OKU RM150 sebulan,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-07-13 08:35:26 daripada Administrator

  •  
  • Print