Portal RasmiKERAJAAN NEGERI SELANGOR |
|
Program Larian dan Pameran Kesedaran “Jingga Selangor : Cegah Gangguan Seksual” 18 Disember 2022
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga dengan kerjasama Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd. (WBS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menganjurkan Program Larian dan Pameran Kesedaran “Jingga Selangor : Cegah Gangguan Seksual” bersempena Sambutan 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender di peringkat Negeri Selangor seperti ketetapan seperti berikut:-
Tarikh : 18 Disember 2022 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Dataran Klang / Padang Chetty, Klang (Lokasi Hari Klang Tanpa Kenderaan)
Pendaftaran Larian (Fun Run 3km) di pautan https://bit.ly/3Y5NhOH sebelum/pada 12 Disember 2022. Penyertaan terhad kepada 500 terawal sahaja.
Orang ramai dijemput hadir ke pameran yang diadakan.