A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kerajaan Negeri komited bangun industri pelancongan

image

 

SHAH ALAM, 28 NOV: Kerajaan Negeri komited mengembangkan industri pelancongan menerusi  lawatan teknikal produk pelancongan membabitkan agensi kerajaan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan Tourism Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, lawatan bersifat khidmat nasihat kepada pengusaha industri pelancong itu akan menerangkan keperluan memenuhi syarat ditetapkan, seperti memiliki lesen sah sehingga kepada cadangan pembangunan promosi.

“Tourism Selangor pula akan memasukkan produk pelancongan yang dilawati ini ke dalam senarai produk pelancongan negeri, sekali gus dipromosikan di platform bersesuaian termasuk siri promosi dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan sesi soal jawab daripada Ahli Dewan Negeri Rawang, di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut melaksanakan program pembangunan pakej produk pelancongan, program hos komuniti pemandu pelancong Selangor dan program FAM tour.

“Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Tourism Selangor melaksanakan sesi FAM Tour yang dijalankan sepanjang tahun bersama Agensi Pelancongan serta media tempatan dan antarabangsa bertujuan mempromosikan produk pelancongan Selangor ke pentas global.

“Sehingga kini, sudah 24 sesi lawatan FAM Tour sudah dijalankan oleh Tourism Selangor dan UPEN mengikut kepelbagaian pasaran yang dilihat amat berkesan membantu membangunkan produk pelancongan di negeri ini,” katanya.


Kemaskini pada 2018-11-29 08:30:01 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page