Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pejabat SUK : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - Fungsi Umum

VISI & MISI
CARTA ORGANISASI
FUNGSI UMUM
STANCO
PROGRAM TERKINI
DIREKTORI PEGAWAI

 

image

 

1 CAWANGAN PERKHIDMATAN
 

- Menguruskan semua urusan perkhidmatan lantikan tetap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor, gunasama Persekutuaan dan bukan gunasama Persekutuan iaitu urusan penempatan, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen, perlanjutan tempoh percubaan, kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan (TBBK), pemangkuan, urusan pencen dan faedah persaraaan, permohonan pertukaran pelantikan dan peletakan jawatan;

- Menguruskan urusan penyediaan, pergerakan dan perubahan gaji bagi pegawai lantikan tetap dan kontrak di bawah Pejabat SUK Selangor;


- Menguruskan urusan permohonan ke luar negara bagi Ketua-ketua Jabatan dan pegawai di bawah Pejabat SUK Selangor;

- Menguruskan permohonan urusan tanggung kerja jabatan/ agensi di bawah Perkhidmatan Awam Negeri (PAN);

- Menguruskan tuntutan bayaran perubatan bagi pegawai yang masih berkhidmat dan pesara awam Negeri;

- Menguruskan semua urusan perkhidmatan lantikan kontrak (CoS) dan (CfS) iaitu urusan pengambilan, pelantikan, pelantikan semula kontrak, bayaran ganjaran, bayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) dan penamatan perkhidmatan bagi jabatan/ agensi di bawah Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) kecuali Pejabat Tanah Galian dan Negeri Selangor (PTGS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);

- Menguruskan urusan permohonan penempatan pelajar praktikal atau latihan industri untuk ditempatkan di jabatan/ agensi di bawah Perkhidmatan Awam Negeri (PAN);

- Menguruskan urusan pelantikan secara pinjaman, pertukaran sementara dan pertukaran tetap di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor; dan

- Menguruskan perancangan dan pelaksanaan Pelan Penggantian jawatan strategik di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

   
2 CAWANGAN PEMBANGUNAN ORGANISASI
  - Menyelaras penyusunan semula dan pengukuhan perjawatan bagi jabatan / agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

- Menyelaras dan memantau pelaksanaan KPI HRMIS di semua jabatan / agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

- Bertanggungjawab melaporkan kekosongan jawatan Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) kepada Pihak Berkuasa Melantik (PBM);

- Mengendalikan Outreach perjawatan ke atas jabatan / agensi di  bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

- Menyelaras surat kelulusan perjawatan atau waran perjawatan utk jab/agensi di bawah Pentadbiran SUK Selangor;

- Menyelaras pewujudan jawatan kontrak di bawah Perkhidmatan Awam Negeri; dan

- Menyelaras penetapan kontrak (Contract of Service) 15 tahun.
   
3 CAWANGAN PRESTASI DAN KUALITI
  - Bertanggungjawab merancang dan menyelaras urusan penganugerahan Bintang, Pingat dan Darjah Kebesaran peringkat Persekutuan dan lain-lain negeri kecuali Negeri Selangor;

- Bertanggungjawab menyelaras Majlis Bersama Jabatan (MBJ);

- Bertanggungjawab menyelaras Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);

- Memantau pelaksanaan perisytiharan harta pegawai dan kakitangan seluruh Negeri Selangor;

- Merancang Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Penilaian Setengah Tahun SKT BPSM;

- Menyelaras Pelantikan atau Perlanjutan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPANS);

- Menguruskan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);

- Menyelaras Surat Pelantikan di bawah Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972;

- Memantau urusan Tapisan Keselamatan bagi pegawai dan kakitangan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; dan

- Menyelaras urusan berkaitan hal ehwal pengurusan kualiti di BPSM seperti EKSA dan MS ISO.
   
4 CAWANGAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
  - Bertanggungjawab memberikan khidmat kaunseling dan psikologi;

- Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program peningkatan prestasi pegawai dan kakitangan termasuk pegawai-pegawai yang bermasalah dan berprestasi rendah; dan

- Menguruskan Pusat Kaunseling Selangor (Talian Sahabat) yang berfungsi untuk menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada orang awam.
   
5 CAWANGAN LATIHAN DAN KOMPETENSI
  - Bertanggungjawab melaksanakan dasar latihan sumber manusia jabatan/agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor;

- Bertanggungjawab memenuhi keperluan semasa dalam aspek latihan sumber manusia bagi penjawat awam Negeri Selangor;

- Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat mengenai latihan sumber manusia;

- Bertanggungjawab menilai pelaksanaan dasar latihan sumber manusia;

- Bertanggungjawab merancang, merangka dan menilai semula keperluan latihan (Training Need Analysis);

- Bertanggungjawab mengurus dan menyelaras program latihan anjuran kerajaan dan swasta; dan

- Bertanggungjawab dalam urusan merancang, merangka dan pengendalian peperiksaan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
   
6 CAWANGAN BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN
  - Urusetia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) dan Tabung Pendidikan Anak Syarikat & Badan Berkanun Negeri Selangor (TPASBB);

- Bertanggungjawab menguruskan Proses Pembiayaan Pendidikan;

- Bertanggungjawab mengendalikan Kutipan Bayaran Balik;

- Bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan dasar-dasar perakaunan serta kawalan belanjawan TKWBNS; dan

- Bertanggungjawab melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi TKWBNS mengikut prosedur dan perundangan.
   
7 UNIT PENDIDIKAN
  -Urus Setia bagi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor;

-Menguruskan peruntukan dan pembayaran bagi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor;

-Menyelaras urusan permohonan laporan-laporan yang diperlukan oleh YB Exco daripada Jabatan/ Agensi berkaitan;

-Menguruskan penyediaan khas Kertas Ringkasan/ Cadangan/ Makluman/ Maklum Balas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);

-Melaksanakan program di bawah  Jawatankuasa Tetap Pendidikan seperti Program Pendidikan Awal, Pogram Pembelajaran sepanjang hayat, Program Pembangunan Pendidikan, Program Pembangunan dan Inovasi Pendidikan;

-Melaksanakan Program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) seperti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Portal ePTRS.my, Program Skim TUNAS dan Program Bantuan Infrastruktur Sekolah. Inisiatif terbaru di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 iaitu Bantuan Khas Tadika Selangor; dan

-Bertanggungjawab mengurus TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
   
8 UNIT PENDIDIKAN TINGGI
  - Urus Setia bagi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi Negeri Selangor;

- Menguruskan peruntukan dan pembayaran bagi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Negeri Selangor;

- Menyelaras urusan permohonan laporan-laporan yang diperlukan oleh YB Exco daripada Jabatan / Agensi berkaitan;

- Menguruskan penyediaan khas Kertas Ringkasan / Cadangan / Makluman / Maklum Balas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);

- Menguruskan Mesyuarat Penyelarasan Program yang akan dilaksanakan;

- Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS);

- Bertanggungjawab membangunkan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri iaitu Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC);

- Urus setia pembangunan Gugusan Pendidikan Negeri Selangor;

- Bertanggungjawab membangunkan ekosistem Program IKTISASS Negeri Selangor;

- Bertanggungjawab dalam aspek pembangunan mahasiswa anak Selangor di peringkat nasional dan antarabangsa; dan

- Bertanggungjawab menyelaras program pembangunan mahasiswa yang dianjurkan bersama kerajaan negeri dan persekutuan.
   
9 UNIT PEMBANGUNAN MODAL INSAN
  - Bertanggungjawab merancang dan menyelaraskan program untuk membentuk sebuah masyarakat yang cemerlang secara holistik;

- Bertanggungjawab memantau pelaksanaan program pembangunan insan;

- Urus Setia Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan;

- Menguruskan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (IPT); dan

- Bertanggungjawab menyelaras program Job Fair peringkat Negeri Selangor.
   
10 UNIT PEMBANGUNAN SOSIAL
  - Merancang, menyelaras serta melaksanakan dasar dan program yang memberi fokus kepada pembangunan sosial untuk meminimumkan senario gejala sosial di Negeri Selangor berteraskan objektif 3M (Meminimumkan, Mewujudkan dan Membina);

- Melaksanakan program pembangunan sosial merangkumi aspek : 
a) Pendidikan dan Pencegahan (Education & Prevention) seperti program kesedaran dan pemantapan jati diri, program melibatkan pentadbir rumah perlindungan / pemulihan dan program remaja cemerlang mentoring for succes.
b) Intervensi seperti seminar, kem peningkatan sahsiah, pemantapan badan beruniform dan program sejahtera tanpa dadah.
c) Pemulihan (Rehabilition) seperti program melibatkan penghuni rumah perlindungan, pesalah muda, remaja PPR, anak yatim dan pelajar tahfiz.

- Menyediakan dan menyelaras input anggaran belanja pembangunan (ABP) bagi tujuan mesyuarat pemeriksaan bajet (budget vetting) melibatkan stanco seliaan BPSM; dan

- Menyediakan dan menyelaras prestasi dan unjuran perbelanjaan pembangunan P01 melibatkan stanco seliaan BPSM.
   
11 UNIT PENTADBIRAN
 

- Mengurus dan memantau pelaksanaan pentadbiran am jabatan merangkumi pengurusan pentadbiran, kewangan, perolehan, pengurusan aset dan keselamatan pejabat;

- Merancang dan mengurus pelaksanaan mesyuarat pengurusan peringkat jabatan BPSM secara berkala dan mengikut keperluan;

- Mengurus dan menyediakan laporan bulanan kad perakam waktu dan laporan aset alih kerajaan untuk setiap suku tahun;
- Mengendalikan sistem pengurusan fail jabatan merangkumi pergerakan dan penyimpanan fail serta urusan surat menyurat;

- Menyediakan anggaran belanjawan mengurus tahunan jabatan;

- Mengurus dan mengawal kewangan BPSM, peruntukan mengurus STANCO (B01), Akaun Amanah (TASKA), IKTISASS dan  Program Generasi Idaman Selangor (GeMS);

- Mengurus dan menyediakan penyata penyesuaian kewangan belanja mengurus dan Akaun Amanah secara berkala, memperoses dan menyedia Pesanan Tempatan (LO); dan

- Mengurus pembelian dan pembayaran mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan.

   
12 PUSAT LATIHAN AWAM SELANGOR (PLAS)
 

Menguruskan, merancang & melaksanakan:

- Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran Penjawat Awam dalam pelbagai bidang bagi melaksanakan tugas  berkaitan  Pengurusan & Perundangan Tanah, Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset serta Pentadbiran;

- Merekabentuk, membangun, melaksanakan modul serta menyediakan platform tempat latihan kepada semua pegawai kerajaan Negeri Selangor bagi pelaksanaan hala tuju dasar-dasar baru kerajaan dan dasar sedia ada;

- Menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ) menguruskan baucer bayaran dan perkara berkaitan kewangan serta perolehan bagi ketiga-tiga kampus Pusat Latihan;

- Bekerjasama dengan Cawangan Latihan dan Kompetensi serta cawangan lain BPSM dalam melaksanakan kursus, seminar dan bengkel bagi memantapkan mutu perkhidmatan Penjawat Awam  Selangor  seperti Kursus Ketua Kampung (PDT), Guru (JAIS) dan Ahli-Ahli Majlis (PBT);

- Mengurus dan memastikan aset alih dan tak alih yang ditempatkan di PLAS dan Banglo Suara Ombak (BSO) dalam keadaan baik;

- Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, keselamatan dan persekitaran PLAS serta  BSO dalam keadaan baik; dan

- Melaksanakan anggaran 30 kursus sepanjang tahun.

   
13 PUSAT LATIHAN PENGUAT KUASA SELANGOR (PULAPES)
 

Merancang, mengurus & melaksanakan:

- Kursus asas penguat kuasa selama 3 bulan  untuk anggota penguat kuasa  Negeri Selangor termasuk PBT, PTGS, PDT, LUAS, LPHS, JAIS, Unit Bencana & Unit Keselamatan SUK(BKP).Kursus ini wajib bagi tujuan pengesahan jawatan penguat kuasa;

- Kursus lanjutan pelbagai bidang untuk tingkatkan kompetensi anggota penguatkuasa. Tempoh kursus 1-14 hari;

- Kursus APMS (Wataniah) NBOS bersama Rej.502 . Tempoh Kursus 30 hari;

- Kursus bersama pelbagai agensi penguatkuasa Persekutuan dan Negeri;

- Melaksanakan anggaran 20 kursus sepanjang tahun;

- Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, keselamatan dan persekitaran PULAPES dalam keadaan baik; dan

- Mengurus dan memastikan aset alih dan tak alih yang ditempatkan di PULAPES dalam keadaan baik.

   
14 PUSAT LATIHAN INOVASI SELANGOR (PLIS)
 

Merancang, mengurus & melaksanakan:

- Kursus berbentuk Modal insan,Jati Diri serta  Inovasi akan dikhaskan untuk dilaksanakan oleh PLIS. PLIS telah diserahkan kepada Pusat Latihan, BPSM pada 24 Mac 2021;

- Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, keselamatan dan persekitaran PLIS dalam keadaan baik;

- Mengurus dan memastikan aset alih dan tak alih yang ditempatkan di PLIS dalam keadaan baik;

- Permohonan peruntukan perjawatan dan peruntukan pengoperasian PLIS telah dimohon; dan

- Cadangan sebanyak 6 buah kursus akan dilaksanakan peringkat awal.

   

Kemaskini pada 2021-07-21 08:38:57 daripada BPSM Mohd Zulyazid

  •  
  • Print
  • Email this page