|
|
STANCO
PENDIDKAN

PENGERUSI JAWATANKUASA
YAB DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI
DATO’MENTERI BESAR SELANGOR
FUNGSI STANCO
- Urus Setia bagi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor;
- Menguruskan peruntukan dan pembayaran bagi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor;
- Menyelaras urusan permohonan laporan-laporan yang diperlukan oleh YB Exco daripada Jabatan/ Agensi berkaitan;
- Menguruskan penyediaan khas Kertas Ringkasan/ Cadangan/ Makluman/ Maklum Balas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);
- Melaksanakan program di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan seperti Program Pendidikan Awal, Pogram Pembelajaran sepanjang hayat, Program Pembangunan Pendidikan, Program Pembangunan dan Inovasi Pendidikan;
- Melaksanakan Program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) seperti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Portal ePTRS.my, Program Skim TUNAS dan Program Bantuan Infrastruktur Sekolah. Inisiatif terbaru di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 iaitu Bantuan Khas Tadika Selangor; dan
- Bertanggungjawab mengurus TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
PROGRAM YANG DIJALANKAN
- Program Bantuan Infrastruktur Sekolah Negeri Selangor;
- Program Tuisyen Rakyat Selangor;
- Program SKIM Tunas Selangor;
- Pakej Kita Selangor 2.0;
- Program Bantuan Khas Tadika Negeri Selangor;
- Pertandingan Resensi Buku (book review) Selangor Membaca;
- Program Pembangunan Guru;
- Program Mono teater STEM;
- Program Virtual Robotic;
- Program pembangunan Inovasi dan Pendidikan Negeri Selangor;
- Program pembangunan Pendidikan Awal Negeri Selangor;
- Portal ePTRS.my; dan
- Program pembelajaran sepanjang hayat.
|
|
_____________________________________________________________________________________________________________________________________ |
|
STANCO
PENDIDKAN TINGGI
PENGERUSI JAWATANKUASA
YAB DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI
DATO’MENTERI BESAR SELANGOR
FUNGSI STANCO
- Urus Setia bagi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi Negeri Selangor;
- Menguruskan peruntukan dan pembayaran bagi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Negeri Selangor;
- Menyelaras urusan permohonan laporan-laporan yang diperlukan oleh YB Exco daripada Jabatan / Agensi berkaitan;
- Menguruskan penyediaan khas Kertas Ringkasan / Cadangan / Makluman / Maklum Balas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);
- Menguruskan Mesyuarat Penyelarasan Program yang akan dilaksanakan;
- Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS);
- Bertanggungjawab membangunkan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri iaitu Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC);
- Urus setia pembangunan Gugusan Pendidikan Negeri Selangor;
- Bertanggungjawab membangunkan ekosistem Program IKTISASS Negeri Selangor;
- Bertanggungjawab dalam aspek pembangunan mahasiswa anak Selangor di peringkat nasional dan antarabangsa; dan
- Bertanggungjawab menyelaras program pembangunan mahasiswa yang dianjurkan bersama kerajaan negeri dan persekutuan .
PROGRAM YANG DIJALANKAN
- Program Bantuan Mahasiswa Selangor;
- Program Pembangunan Pusat Teknologi IKTISASS di bawah Pusat Kemahiran Teknologi dan Profesional di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor, Selangor Technical Skills Development Centre (STDC);
- Program Menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Siemen, Aerodyne, Festo, Technical University Of Munich dan Apple;
- Pembangunan Mahasiswa melalui penubuhan Komuniti Mahasiswa Darul Ehsan (KOMDES);
- Pembangunan Infrastruktur Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri UNISEL, KUIS dan STDC;
- Pembangunan Gugusan Pendidikan bagi Program Quick Win;
- Program EXPO Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Negeri Selangor 2021; dan
- Program Bantuan Yuran Asas Mahasiswa UNISEL dan KUIS 9. Pembangunan Ekosistem Program IKTISASS dan Pendidikan.
|
|
|
|
|
STANCO
PEMBANGUNAN MODAL
INSAN
PENGERUSI JAWATANKUASA
YB TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
EXCO GENERASI MUDA, SUKAN & MODAL INSAN
FUNGSI STANCO
-Urus Setia Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan.
-Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan
Program Pembangunan Modal Insan yang merangkumi aspek seperti berikut:
1. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang memberi nilai tambah dalam memberikan
manfaat kepada masyarakat khususnya dalam meningkatkan ekonomi keluarga;
2. Mengurangkan kadar pengangguran di Selangor serta menerapkan budaya mencipta
pekerjaan sendiri berbanding kebergantungan ekonomi individu terhadap pasaran kerja; dan
3. Menerapkan sikap positif dan mempraktikkan amalan nilai murni selaras dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran sedia ada bagi mewujudkan masyarakat yang seimbang dan
mampu menyumbang kembali kepada negeri.
-Menguruskan penyediaan khas Kertas Ringkasan / Cadangan / Makluman / Maklum Balas
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
-Menguruskan peruntukan dan menyediakan prestasi perbelanjaan bagi Jawatankuasa
Tetap Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
-Menguruskan permohonan dan pembayaran Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT).
-Bertanggungjawab menyelaras Program Karnival Kerjaya di peringkat Negeri Selangor.
PROGRAM YANG DIJALANKAN
-Program Jelajah Selangor Bekerja
-Program Selangor Perkasa
-Program Selangor Inspirasi
-Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)
STANCO
PEMBANGUNAN SOSIAL
PENGERUSI JAWATANKUASA
YB TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
EXCO GENERASI MUDA, SUKAN & MODAL INSAN
FUNGSI STANCO
-Urus Setia Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosial
-Merancang, menyelaras serta melaksanakan dasar dan program yang memberi
fokus kepada pembangunan sosial untuk meminimumkan senario gejala sosial di
Negeri Selangor berteraskan objektif 3M (Meminimumkan, Mewujudkan dan Membina)
seperti berikut :
1. meminimumkan kadar gejala sosial dalam masyarakat khususnya golongan remaja dan belia;
2. mewujudkan masyarkat yang berpegang dengan prinsip agama dan
mengamalkan nilai-nilai murni;dan
3. membina masyarakat harmoni, tenteram dan sejahtera.
-Menyediakan Minit Bebas / Minit Ceraian untuk persetujuan dan kelulusan pelaksanaan
program di bawah portfolio Pembangunan Sosial.
-Menyediakan Kertas Ringkasan / Cadangan/ Makluman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
-Menyediakan input jawapan untuk pertanyaan mulut dan bertulis berkaitan portfolio
pembangunan sosial sempena persidangan Dewan Negeri Selangor.
-Menyediakan input anggaran belanja pembangunan (ABP) bagi tujuan mesyuarat
pemeriksaan bajet (budget vetting) melibatkan portfolio Pembangunan Sosial.
-Menyediakan dan menyelaras prestasi dan unjuran perbelanjaan pembangunan P01
melibatkan portfolio Pembangunan Sosial.
PROGRAM YANG DIJALANKAN
Melaksanakan program pembangunan sosial merangkumi aspek:
-Pendidikan dan Pencegahan (Education & Prevention) seperti program kesedaran
dan pemantapan jati diri, program melibatkan pentadbir rumah perlindungan / pemulihan
dan program remaja cemerlang mentoring for succes.
-Intervensi seperti seminar, kem peningkatan sahsiah, pemantapan karakter dan
program sejahtera tanpa dadah.
-Pemulihan (Rehabilition) seperti program melibatkan penghuni rumah perlindungan,
pesalah muda, remaja PPR, anak yatim dan pelajar tahfiz.
|
|
Kemaskini pada 2022-02-28 12:15:28 daripada BPSM Muhd Adib