Pemohon Tanah Kerajaan Secara Lesen Menduduki Sementara
APA ITU LESEN MENDUDUKI SEMENTARA?Lesen yang dikeluarkan kepada individu, syarikat @ perbadanan
bagi menduduki tanah kerajaan untuk tempoh yang berakhir pada setiap tahun.
APAKAH JENIS TANAH YANG BOLEH DIPOHON?
Semua tanah Kerajaan di dalam Negeri Selangor, kecuali :
a. Tanah Milik
b. Tanah Rizab
c. Tanah Lombong
d. Tanah Simpan
SIAPA LAYAK MEMOHON?
a. Warganegara Malaysia selain remaja.
b. Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah
perlembagaan masing-masing
untuk memegang tanah.
c. Raja-raja pemerintah, Kerajaan, organisasi dan lain-lain orang
yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan
Diplomatik dan Konsular 1957.
d. Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata memegang tanah
di bawah Undang-undang bertulis masing-masing.
BERAPA BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN?
1. Beli 1 keping pelan.
Kurang dari 5 hektar (12 ekar).
RM 20.00 (1 salinan).
Lebih dari 5 hektar (12 ekar).
RM 50.00 (1 salinan).
2. Borang permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
Pendaftaran pertanian/bangunan/pelbagai
RM 10.00.
Catatan : Pemohon perlu memastikan di mana tanah Kerajaan Yang masih kosong sebelum membeli pelan lokasi di Unit Pelan.
BAGAIMANA CARA MEMOHON?
Dipohon kepada Pentadbir Tanah Daerah di mana tanah itu terletak.
APAKAH PERSEDIAAN BAGI PERMOHONAN?
Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon sebelum
membuat permohonan ialah :
a. 2 salinan Borang Permohonan yang boleh didapati di
Unit Pelupusan, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor.
b. 5 salinan pelan yang diperakui.
c. 1 salinan kad pengenalan.
BAGAIMANA PROSES PERMOHONAN TERSEBUT?
1. Permohonan yang diterima dan lengkap akan didaftarkan
dalam buku daftar dan buku fail. Bayaran pendaftaran sebanyak
RM 10.00 akan dikenakan.
2. Fail akan dikemukakan kepada :
a. Juruteris
- Untuk Charting no. fail di syit piawaian dan penyediaan laporan.
b. Jabatan Teknikal
i. Jabatan Perancang Bandar & Desa
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
iii. Jabatan Kerja Raya
iv. Jabatan Pengairan dan Saliran
v. Jabatan Pertanian
vi. Dan lain-lain jabatan mana-mana yang berkaitan.
c. Pegawai Petempatan
- Siasatan tapak dan laporan.
SIAPAKAH YANG MELULUSKAN?
1) Pentadbir Tanah Hulu Selangor bagi tanah-tanah untuk
tujuan pertanian tidak melebihi 3 ekar.
2) Menteri Besar Selangor bagi tanah-tanah untuk tujuan
pertanian yang melebihi 3 ekar.
Kemaskini pada 2016-08-15 11:39:43 daripada Administrator