Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Soalan Lazim - Unit Kewangan

SOALAN LAZIM

UNIT KEWANGAN, PDTHS

    

  1. Soalan : Sekiranya saya telah diberi kebenaran untuk menyewa Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, berapa kadar sewaan dan deposit (jika ada)?

Jawapan : Seseorang individu atau agensi yang telah diberi kebenaran oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor untuk menyewa dewan, berikut adalah kadar bayaran yang perlu dijelaskan secara tunai atau bank draf atas nama BENDAHARI NEGERI SELANGOR :

       

  1. Sewaan -           RM1,000.00
  2. Deposit -          RM1,000.00

 

  1. Soalan : Dimana saya perlu hadir untuk menjelaskan bayaran sewaan dan deposit dewan tersebut?

Jawapan : Bayaran perlu dijelaskan di Unit Kewangan, Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor dengan membawa dokumen berkaitan (surat kelulusan) serta Salinan kad pengenalan pemohon sebelum tarikh penggunaan dewan tersebut.

 

  1. Soalan : Adakah bayaran deposit boleh dituntut semula selepas selesai penggunaan dewan? Jika boleh, bagaimana caranya dan berapa hari tempoh pembayaran semula?

Jawapan : Bayaran deposit boleh dituntut semula dengan menggunakan Borang Pemulangan Cagaran/Deposit Sewaan Dewan Serbaguna Dan Komplek Sukan Daerah Hulu Selangor dan perlu dilampirkan satu salinan kad pengenalan, satu salinan pengesahan akaun bank serta resit asal yang dikeluarkan oleh Unit Kewangan, Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor dengan kadar segera selepas selesai penggunaan. Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari waktu bekerja setelah kelulusan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Selangor diterima.

 

  1. Soalan : Adakah Elaun Makan dan Elaun Harian adalah dua (2) kemudahan elaun yang berbeza?

Jawapan : Tidak. Elaun Makan dan Elaun Harian bukan merupakan dua (2) kemudahan yang berbeza. Kelayakan tuntutan kemudahan elaun ini hanya dibezakan mengikut tempoh masa dan kadar yang ditetapkan. Hanya satu (1) elaun sahaja layak dituntut pada satu-satu masa tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di bawah PP WP1.4/WP1.5.

 

  1. Soalan : Adakah pengiraan tuntutan bahagian makan yang tidak disediakan sebagai contoh 20% bagi sarapan pagi dan sebagainya terpakai untuk Elaun Harian?

Jawapan : Tidak. Pengiraan tuntutan bahagian makan yang tidak disediakan sebagai contoh 20% bagi sarapan pagi dan sebagainya tidak terpakai bagi Elaun Harian dan hanya terpakai bagi Elaun Makan sahaja.

 

  1. Soalan : Adakah pegawai yang bertugas rasmi dan disediakan kemudahan makan tengah hari oleh penganjur/urus setia layak menuntut Elaun Harian?

Jawapan : Tidak. Pegawai yang bertugas rasmi dan disediakan kemudahan makan tengah hari oleh penganjur/urus setia tidak layak menuntut Elaun Harian.

 

  1. Soalan : Adakah bayaran yang dibuat menggunakan nama orang lain seperti Bayaran Sewa Hotel, Touch n Go atau sebagainya boleh dibayar dalam tuntutan?

Jawapan : Tidak. Bayaran yang dibuat menggunakan nama orang lain seperti Bayaran Sewa Hotel, Touch n Go atau sebagainya tidak boleh dibayar dalam tuntutan. Tuntutan bagi bayaran yang mensyarat resit dikemukakan hendaklah dinamakan atas nama pegawai yang membuat tuntutan tersebut sebagai bukti bayaran telah dibuat oleh pegawai berkenaan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di dalam Arahan Perbendaharaan (AP) 99(c) yang menetapkan bahawa: "jika pegawai mengemukakan tuntutan bagi ganti bayaran untuk bayaran-bayaran yang dibuat olehnya, baucar kecil yang disokong dengan resit hendaklah disertakan jika munasabah. Jika ini tidak boleh diperolehi, butiran yang hendak dirujuk hendaklah ditanda * dan pegawai hendaklah membuat perakuan seperti berikut:

"Saya memperakui bahawa perbelanjaan yang ditanda* sejumlah RM.........telah sebenarnya dilakukan atas urusan rasmi dan dibayar oleh saya".

 

  1. Soalan : Adakah bayaran telefon termasuk caj internet?

Jawapan : Tidak. Kemudahan telefon adalah bagi bayaran perkhidmatan panggilan telefon sahaja dan tidak termasuk penggunaan kemudahan internet.

 

  1. Soalan : Apakah Tambang Perjalanan yang layak dituntut oleh pegawai lantikan pertama dalam Kerajaan?

Jawapan : Tambang Perjalanan yang layak dituntut oleh pegawai lantikan pertama mengikut kelayakan pegawai adalah seperti berikut:

  1. Tambang Pengangkutan Awam;
  2. Elaun Perjalanan Kenderaan; dan/atau
  3. Tiket kapal terbang. Bermula dari tempat kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan untuk melapor diri/ berkursus/ menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga ke Pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap. Tambang perjalanan yang layak dituntut adalah sebelum melapor diri (perjalanan dari kediaman) dan semasa dalam perjalanan melapor diri hingga ke Pejabat akhir pegawai ditempatkan.

 

  1. Soalan : Adakah pegawai lantikan pertama layak menuntut lain-lain kemudahan seperti Bayaran Sewa Hotel selain Tambang Perjalanan?

Jawapan : Tidak layak. Kelayakan tuntutan pegawai lantikan pertama adalah terhad kepada Tambang Perjalanan sahaja.

 

Sumber : Soalan Lazim Pekeliling Perbendaharaan, Jilid 1 Edisi 2021


Kemaskini pada 2024-09-03 08:41:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page