Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Soalan Lazim - Unit Hasil

SOALAN LAZIM UNIT HASIL, PDTHS

 

Waktu Operasi Kaunter

Isnin - Khamis                           :  8.30 pagi – 1.00 t/h
                                                      2.00 petang - 3.30 petang

Jumaat                                     :  8.30 pagi – 11.45 pagi
                                                    2.45 petang – 3.30 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Am           :  TUTUP

Cara Bayaran Cukai Tanah / Cukai Petak

a)Kaunter Hasil Pejabat Tanah & Galian Selangor / Pejabat Daerah/Tanah

-Tunai

-kad kredit/kad debit

-Deraf Bank

-Kiriman Wang atau Money Order

(Nota : Maksimum 20 Bil Hasil Tanah Sahaja untuk satu transaksi bayaran)

b)Portal eTanah

etanah.selangor.gov.my/etanah-awam

c)Perbankan Internet

-CIMB Clicks

-Maybank2u

d)Aplikasi Mudah Alih

Citizen e-Payment (CEPat)

e)Pejabat POS Seluruh Malaysia

(Termasuk Sabah dan Sarawak)

Tunai Sahaja (dengan menggunakan Bil Hasil Tanah Terkini)

Nota : Pembayaran melalui Deraf Bank/Kiriman Wang/Money Order hendaklah dibuat atas nama BENDAHARI NEGERI SELANGOR dan dipalang AKAUN PENERIMA SAHAJA.

 

Pengiraan FI Tunggakan atau Denda Lewat Cukai Tanah / Cukai Petak

Kadar

FI Tunggakan atau Denda Lewat

RM10.00 dan Kurang

RM 1.00

RM10.01 – RM50.00

RM 2.00

RM50.01 – RM100.00

RM 5.00

Lebih daripada RM100.00

7% daripada Jumlah Keseluruhan Perlu Bayar

 

Apa Itu Cukai Tanah?

Ditafsirkan sebagai Cukai sewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai :

a)  apa - apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai Cukai sewa.

b)  apa - apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis,hendaklah dipungut seolah - olah ianya cukai sewa atau hasil tanah;

c)  apa - apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

 

Apa Itu Cukai Petak?

Cukai petak ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap hakmilik strata (hakmilik berasingan bagi setiap unit atau petak dalam bangunan dua tingkat atau lebih yang dibina atas sebidang tanah yang sama dan berkongsi akses kemudahan bersama), bagi menggantikan pengenaan cukai tanah. Ianya bukan cukai tambahan ke atas cukai tanah yang sedia ada sebaliknya menukarkan cukai tanah kepada cukai ke atas pemilik petak.

 

Bila Cukai Petak dilaksanakan?

Cukai petak telah dilaksanakan di Negeri Selangor bermula Jun 2018.

Cukai Tanah 2018 telah dibayar, adakah masih perlu bayar Cukai Petak 2018?

Ya. Wajib bayar Cukai Petak 2018. Cukai Tanah 2018 yang telah dibayar akan dibuat pelarasan pada tahun 2019.

 

Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah / Cukai Petak?

Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.

" Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana - mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."

Selepas perjanjian jual-beli (" Sales and Purchase Agreement ") telah dimeterai oleh kedua - dua pihak penjual (atau pemaju tanah / perumahan ) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli.


Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah / Cukai Petak?

Sekali setahun 

Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.


Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah / Cukai Petak?

Adalah menjadi tanggungjawab setiap Pemilik Tanah Berdaftar (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.


Adakah saya perlu membayar Bil Hasil Tanah sedangkan saya tidak pernah menerima bil?
Menurut Seksyen 93 Kanun Tanah Negara 1965, Pemilik Tanah Berdaftar (atau wakil bagi pihaknya)  adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

Di manakah saya boleh dapatkan Bil Hasil Tanah jika saya tidak menerimanya?
a) Bil Hasil Tanah boleh didapatkan di mana-mana Pejabat Tanah/Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan mengemukakan Salinan hakmilik atau maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot.
 b) Bil Hasil Tanah juga boleh disemak dan dibayar melalui portal etanah (etanah.selangor.gov.my/etanah-awam).

Adakah saya perlu menjelaskan cukai tanah apabila Bil Hasil Tanah masih atas nama pemaju?

Ya. Anda perlu menjelaskan cukai tanah kerana di dalam Surat Perjanjian Jual Beli (" Sales and Purchase Agreement ")  telah menyatakan di dalam klausa liabiliti perlu dijelaskan oleh pemilik tanah.
 

Siapa perlu bayar Bil Hasil Tanah Cukai Petak?

a) Bagi Cukai Petak yang masih belum dikeluarkan hakmilik strata individu, masih tertakluk kepada Cukai Tanah (Master Title) yang dikutip oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC).

b) Cukai Petak yang telah dikeluarkan hakmilik strata individu, Cukai Petak dibayar oleh setiap pemilik petak (Sila rujuk dengan JMB/MC berkenaan untuk maklumat lanjut).


Bagaimanakah cara mengemaskini/menukar alamat surat menyurat di dalam Bil Hasil Tanah?

Segala urusan pertukaran alamat surat menyurat, hendaklah menggunakan Borang 26A (Pemberitahuan Pertukaran Alamat) dengan menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan. Penghantaran borang yang lengkap beserta dokumen mengikut senarai semak hendaklah dihantar mengikut milikan hakmilik hartanah. Bentuk hakmilik bermula dengan HSD, PN, GERAN perlu dihantar secara hadir sendiri, atau diposkan ke alamat:- 

Bahagian Pendaftaran (Pertukaran Alamat)
Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor,
Tingkat Terbawah (LG),
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40576 Shah Alam, Selangor.

 Manakala bentuk hakmilik hartanah yang bermula dengan HSM, PM, GM permohonan hendaklah dihantar terus kepada Pejabat Daerah/Tanah berkenaan dengan hadir terus ke kaunter Bahagian Pendaftaran Hakmilik atau berhubung dengan Bahagian Pendaftaran Pejabat Daerah/Tanah yang berkenaan.

Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah / Cukai Petak?

Seksyen 100 Kanun Tanah Negara :
Tanah anda akan DIRAMPAS

 

PERINGATAN

a)Berkuat kuasa 1 Januari 2017, Pembayaran menggunakan CEK adalah TIDAK DITERIMA untuk semua jenis urusan di Pejabat Daerah/Tanah.

b)Selaras dengan pengumuman oleh pos malaysia maka arahan kerajaan Negeri Selangor bermula 1 Oktober 2023 tiada lagi wang pos untuk semua jenis terimaan kerajaan Negeri Selangor dan digantikan dengan kiriman wang atau Money Order.


Kemaskini pada 2023-11-20 13:18:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page