Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemohonan Pecah Bahagian Tanah

Pemohonan Pecah Bahagian Tanah

APA MAKSUD PECAH BAHAGIAN TANAH?

Pecah bahagian bermaksud satu lot tanah yang dipegang oleh dua 
orang atau lebih tuan tanah bersama, dipecah bahagikan supaya terletak 
hak kepada tiap-tiap daripada mereka dibawah hakmilik berasingan.


BAGAIMANA CARA MEMOHON?

1) Dibuat melalui Pejabat Tanah;  dan 
2) Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau jurukur yang telah dilantik pemohon.


CARA MEMOHON

1) Mengisi Borang 9B (3 salinan) yang ditandatangani oleh Pemilik Tanah, 
    Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat ;

Sekiranya syarikat memohon perlu ada cap mohor (common seal);

2) Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan 
    Pejabat Tanah / Pendaftar 
Negeri Selangor.

3) 1 salinan ‘Memorandum’ dan Article of Association’ beserta Borang 49 
    dan Borang 24 – sekiranya permohonan dibuat oleh Syarikat;

 

4) 12 salinan pelan pra-hitungan (mengandungi pelan kunci, pelan lokasi 
    dan pelan tapak) yang 
disediakan dan ditandatangani oleh Jurukur 
    Berlesen;

Sekiranya syarikat memohon perlu ada cap mohor (common seal);

5) Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan 
    didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang (MDHS);

6) 1 salinan Sijil Carian Rasmi terkini;

7) 1 salinan resit bayaran cukai tanah bagi tahun semasa;

8) 1 salinan hakmilik asal;

9) 1 salinan kad pengenalan pemohon; dan

10) Surat persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan 
      berdaftar atas tanah.

 

 

BERAPA BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN?

RM 100.00 bagi setiap hakmilik (Bayaran mengikut Kaedah Tanah Selangor)


SIAPAKAH YANG MELULUSKAN?

1) Pentadbir Tanah Hulu Selangor bagi hakmilik yang dipegang oleh 
    Pejabat Tanah; dan

2) Pengarah Tanah dan Galian Selangor bagi hakmilik yang dipegang 
    oleh Pendaftar Negeri.

 


Kemaskini pada 2016-08-15 11:41:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page