Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

Pemohonan Gadaian & Melepaskan Gadaian

Pemohonan Gadaian & Melepaskan Gadaian

PANDUAN PERMOHONAN GADAIAN & MELEPASKAN GADAIAN


GADAIAN

KUASA MENGGADAI

~  Mana-mana tanah berimilik (tetapi tidak sebahagian daripadanya).
~  Mana-mana pajakan tanah milik tetapi tidak sebahagian tanah yang    dipajak itu .
~  Gadaian kedua dan kemudiannya boleh diwujudkan.



SEKATAN KEPADA GADAIAN

~
  Larangan atau batasan yang dikenakan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) 
    atau mana-mana undang-undang bertulis pada masa ianya berkuat kuasa.

~  Mana-mana sekatan kepentingan yang berkuatkuasa dengan tanah berkenaan.

~  Gadaian tidak diberikan kepada dua orang atau lebih melainkan 
    sebagai pemegang amanah atau wakil.

~  Gadaian tidak dibenarkan kepada dua orang atau lebih melainkan 
    sebagai pemegang amanah atau wakil.

~  Gadaian adalah tertakluk kepada peruntukan yang dinyatakan 
    di dalam surat perjanjian / surat pajakan.


KAEDAH PERMOHONAN

Ø  Hakmilik Keluaran Asal DHKK yang berkenaan.

Ø  Borang 16A yang lengkap.

Ø  Salinan Resit Cukai Tanah Tahun Semasa.

 
Bayaran sebanyak : -

a.     RM 100.00 bagi setiap hakmilik.

b.    RM 20.00 bagi setiap PA yang telah didaftarkan.

c.     Dikecualikan bagi Pinjaman Kerajaan Negeri / Persekutuan.

d.    Rayuan Kedua dan seterusnya : RM 50.00
 

          Bagi tanah Rizab Melayu gadaian hanya boleh diberi kepada badan-badan 
  yang disenaraikan dalam Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu. 

 


MELEPASKAN GADAIAN

Definisi

 

Mana-mana pemegang gadaian dengan suatu suratcara atas Borang 16N, melepaskan tanah atau pajakan yang digadainya.


Kaedah Permohonan

 

~ Hakmilik Keluaran Asal DHKK.

~ Borang 16N yang lengkap.

~ Cukai Tanah Tahun Semasa

~ Pendua Gadaian (16A Pendua)

~ Bayaran seperti berikut :-


             i)         RM 50.00 bagi setiap hakmilik dan pendua gadaian.
            ii)          RM 20.00 bagi PA yang telah didaftar.
            iii)         Dikecualikan bagi Pinjaman Kerajaan Negeri / Persekutuan.


Permohonan

Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana Hakmilik tersebut dikeluarkan.

 


Kemaskini pada 2016-08-15 11:47:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page