Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemohon Pindah Milik

PANDUAN PERMOHONAN PINDAHMILIK

PENYAKSIAN

1.       Hakmilik keluaran asal DHKK

2.       Borang 14A diisi menggunakan  PEN DAKWAT BASAH HITAM atau MENAIP SAHAJA

3.       Penyaksian di antara pemberi dan penerima / pembeli pindahmilik di hadapan berikut:-

a.       Peguam

b.      Pentadbir Tanah

-          Status Tanah Simpanan / Rezab Melayu SILA BAWA SIJIL KELAHIRAN

4.       Penyaksian Luar Negara mengikut Jadual Kelima KTN

5.       Lampirkan Surat Pemegang Amanah sekiranya bahagian tanah tidak mencukupi /  penerima tidak cukup umur ( sediakan 3 keping Surat Amanah yang telah di tandatangani Pesuruhjaya Sumpah)

 

 

image

 

 

                                                                                     

SENARAI SEMAKAN

1.       Borang 14A yang telah lengkap

2.       Hakmilik Asal

3.       Borang nilaian daripada LHDN

4.       Salinan Kad Pengenalan (MYKAD) depan belakang bagi pember, penjual,/ penerima

        pembeli (kesemua nama yang tercatit di dalam borang 14A)

5.       Sekiranya pindahmilik ini diantara:

a.    Suami Isteri – sertakan salinan surat nikah / salinan daftar perkahwinan.

b.    Anak-beranak / adik- beradik – sertakan salinan sijil kelahiran.

c.    Sekiranya status hakmilik Tanah Rizab Melayu- Sertakan salinan sijil kelahiran

Penerima / Pembeli.

d.      Syarikat:-

-          Carian Rasmi maklumat Syarikat (ROC) terkini

-          Borang 49            DISAHKAN OLEH

-          Borang 24            SETIAUSAHA

-          M & A                   SYARIKAT

-          Borang 11 – DISAHKAN OLEH SSM

e.      Pertubuhan:

-          Carian SSM (ROS)

-          Akta Perlembagaan Pertubuhan

-          Mini Mesyuarat

-          Senarai Ahli Jawatankuasa Pertubuhan

6.       Salinan Cukai Tanah Tahun Semasa

7.       Salinan Cukai Pintu Semasa atau sah resit tidak dikenakan cukai pintu 
  daripada 
Majlis (MDHS).

* Tambahan jika perlu:

1.       Surat Pemegang Amanah – 2 helai yang asal

2.       Surat Kuasa Wakil

3.       Surat Kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri

 

BAYARAN PENDAFTARAN

·         Tidak melebihi RM50,000                                                  RM50.00

·         RM50,001.00- RM200,000.00                                        RM100.00

·         RN200,001.00-RM500,000.00                                        RM300.00

·         RM500,001.00-RM100,000.00                                        RM400.00

·         Melebihi RM1,000,000.00                                              RM1000.00

 

* Denda akan dikenakan slepas 3 bulan dari tempoh penyaksian

 

PINDAHMILIK TANAH

Pindahmilik Tanah adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar yang melibatkan keseluruhan tanah berimilik / sebahagian kepada tuan tanah baru.

·         Kepada SIAPA boleh DIPINDAHMILIK?

 

a.      Warganegara 18 tahun ke atas

b.      Perbadanan-perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk
 memegang tanah (badan-badan berkanun)

c.      Raja-raja Pemerintah, Kerajaan, Organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk
 memegang tanah dibawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.

d.      Badan-badan yang diberikuasa secara senagja untuk memegang tanah di bawah 
 mana-mana (syarikat-syarikat)

 

SEKATAN-SEKATAN KEPADA PINDAH MILIK YANG MEMERLUKAN SURAT KEBENARAN

a.     Larangan atau batasan (kaveat) yang dikenakan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) atau  mana-mana Undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa.

 

b.      Mana-mana sekatan kepentingan tercatat  > Pihak Berkuasa
di hakmilik 
berkenaan                                              Negeri

 

c.       Jika ianya pajakan, gadaian dan               >Pihak Berkenaan

        tenansi perlu mendapatkan surat

        kebenaran.

 

d.      Sekatan pindah milik tanah pertanian        >Tidak boleh                     

       yang kurang daripada  2/5 hektar (1 ekar)    dipindahmilik

                                                                                                                                                  

e.      Sekatan pindah milik tanah lading             >Pihak Berkuasa

 tanpa kebenaran Lembaga                         Negeri
 Tanah Ladang (lebih 40 hektar)                            

 

f.        Sekatan ke atas Warganegara Asing        >Pihak Berkuasa
  / Syarikat Asing  / Penduduk Tetap                Negeri

                                                                         

 


Kemaskini pada 2016-08-15 14:56:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page