Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemohonan Tukar Alamat Salinan Sah (Suratcara)

PANDUAN PERMOHONAN TUKAR ALAMAT SALINAN SAH (SURATCARA)

TUKAR  ALAMAT

DEFINISI

·         Satu permohonan pertukaran alamat lama kepada alamat terbaru untuk memudahkan urusniaga.

Kelayakan Pemohon

·       Sesiapa warga Negara Malaysia atau mana-mana badan yang memajak tanah setelah tamat tempoh perjanjian [ajakan tersebut.

Kaedah Permohonan

·         Borang 26A Sek. 379 KTN & DHKK

·         Bayaran RM 10.00

Pendaftaran

·         Permohonan dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar di mana hak milik tersebut dikeluarkan.

PERINTAH LARANGAN

DEFINISI

·       Satu perintah yang dibuat oleh mana-mana mahkamah bagi melarang sesorang penghutang daripada melakukan urusniaga terhadap tanah yang dimilikinya atau kepentingan pada tanah tersebut mengikut Seksyen 334 KTN.

TEMPOH KUAT KUASA

·         Enam (6) bulan atau suatu tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah.

Kaedah permohonan

·       Setelah didaftarkan perakuan jualan yang dikeluarkan oleh pihak berikut:-

 

Perintah Mahkamah                                       - Borang F

Perakuan Jual oleh Pentadbir Tanah        - Borang 16l

Bayaran Permohonan                                    - RM 50.00

 

SALINAN SAH DOKUMEN (SURATCARA)

DEFINISI

·       Mengeluarkan salinan dokumen (suratcara) urusniaga yang diperakui dengan ditandatangani dan disahkan oleh Pendaftar.

Kelayakan Pemohon

·         Sesiapa Warga Negara Malaysia, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan.

Kaedah permohonan

·       Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat  Tanah Daerah mengikut Seksyen 383 KTN.

·       Bayaran permohonan salinan sah dokumen RM 40.00

Pendaftaran

·       Permohonan dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar di mana hakmilik / dokumen tersebut dikeluarkan.
 


Kemaskini pada 2016-08-15 14:56:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page