Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Soalan Lazim - Unit Pendaftaran

SOALAN LAZIM - UNIT PENDAFTARAN
 
SOALAN 1 :   Apakah perbezaan antara Carian Rasmi dan Carian Persendirian?
JAWAPAN  :   Dari segi isi kandungan, semuanya sama. Bezanya cuma pada kadar bayaran iaitu Carian Rasmi RM50, Carian     Persendirian RM30. Carian Rasmi mempunyai cop pengesahan dari Pentadbir Tanah dan boleh digunakan untuk     tujuan rasmi.
SOALAN 2 :   Berapakah masa yang diambil untuk mendaftar perserahan Pindahmilik Tanah?
JAWAPAN :   Diselesaikan dalam tempoh 7 hari berkerja dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad    dan Cuti Am).
SOALAN 3 :   Adakah kaveat persendirian boleh dimasukkan oleh pemilik tanah?
JAWAPAN :   Boleh, tetapi hendaklah mempunyai alasan / sebab dan bukti yang kukuh.
SOALAN 4 :   Apakah perbezaan antara HS(D) / Pajakan Negeri / Geran dan HS(M) /     Pajakan Mukim / Geran Mukim?
JAWAPAN
:   HS(D) / Pajakan Negeri / Geran merupakan hakmilik tanah Bandar dan dipegang oleh Pendaftar        Hakmilik Negeri.HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim pula ialah hakmilik tanah desa yang    dipegang oleh Pentadbir Tanah.
SOALAN 5 :   Berapakah umur yang layak menerima @ memindahmilik?
JAWAPAN :  18 tahun ke atas.
SOALAN 6 :   Adakah status "pentadbir" boleh memindahmilik?
JAWAPAN
:   Pemilik berstatus "Pentadbir" tidak boleh memindahmilik melainkan "pentadbir" itu mendapat perintah Pusaka atau    perintah mahkamah yang jelas menyatakan boleh memindahmilik.
SOALAN 7 :   Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang bukan Melayu?
JAWAPAN    :   Boleh, selagi pemilikan adalah orang bukan Melayu, maka boleh dipindahmilik kepada orang      bukan Melayu.Sekiranya telah    dipindahmilik kepada orang Melayu, maka ianya tidak boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.

Kemaskini pada 2016-06-02 17:51:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page