Q1 | Apakah permohonan yang dimaksudkan untuk tujuan Pembangunan Tanah? |
• Permohonan Penyerahan Balik dab Pemberimilikan Semula Tanah • Permohonan Serentak Pecah Sempadan dan Ubah Syarat Tanah • Permohonan Ubah Syarat, Pecah Sempadan dan Ubah Syarat Tanah • Permohonan Penyatuan Tanah • Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pertanian kepada industry • Pemberian Milik Tanah di bawah Akta Tanah • Memproses permohonan pecah sempadan/bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik |
|
Q2 | Apakah perbezaan pecah sempadan dengan pecah bahagian? |
Pecah sempadan – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau sementara sambungan dari hakmilik tetap dipecah kepada 2 atau atau lebih sebagai tuanpunya bersama adalah dipecah bahagiankn supaya tertakluk pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu dibawah satu hakmilik yang berasingan. |
|
Q3 | Siapakah yang boleh memohon untuk tujuan Pembangunan Tanah? |
• Tuan tanah (Pemilik Berdaftar) • Pemegang Amanah Atau mana-mana orang yang diberi kuasa atau kebenaran oleh tuan rumah |
|
Q4 | Apakah kaedah yang digunakan untuk pengenaan premium? |
Pentadbir Tanah akan merujuk ke Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta bagi mendapatkan nilaian tanah dan pengiraan premium akan dikenakan berdasarkan Kaedah Tanah Selangor 2005 (Pindaan 2007) |
|
Q5 | Adakah rayuan pengurangan premium masih dibenarkan? |
Mengikut Pekeliling PTG Bil. 7/2010 hanya individu (untuk tujuan bangunan kediamam) berpendapatan kurang dari RM 1,500.00 ke bawah, bilangan tanggungan yang ramai, terdapat bangunan kediaman di atas tapak dan tinggal di atas tapak yang akan dipertimbangkan. |
|
Q6 | Adakah premium boleh dibayar secara ansuran? |
Tidak boleh. Mengikut Pekeliling PTG Bil. 7/2010, tempoh bayaran hanya dibenarkan bagi tempoh 3 bukan dan lanjutan |
|
Q7 | Apakah jenis pembangunan yang memerlukan Kebenaran Merancang? |
Kesemua pembangunan yang melibatkan kerja penukaran kegunaan tanah atau bangunan, pemecahan sempadan atau penyatuan tanah adalah memerlukan Kebenaran Merancang untuk memudahkan urusan permohonan. |
|
Q8 | Bolehkah permohonan_permohonan ini dibuat tanpa Kebenaran Merancang? |
Boleh. Walau bagaimanapun adalah digalakkan untuk permohon mengemukakan kelulusan Kebenaran Merancang bagi memudahkan urusan. | |
Q9 | Berapakah kos yang diperlukan? |
i) Pendaftaran permohonan pecah bahagian RM 100.00 setiap hakmilik ii) Carian rasmi RM 50.00 bagi 1 hakmilik iii)Kos tidak termasuk urusan penyediaan pelan iv) Borang dan sebarang pertanyaan boleh diperolehi di kaunter Unit Tanah |
|
Q10 | Bagaimanakah cara untuk memohon lanjut tempoh pajakan tanah dan apakah borang-borang yang diperlukan? |
i) Isi borang Jadual 1 ii) Isi borang Jadual 12A (sekiranya masih ada tempoh pajakan) Borang-borang ini boleh didapati dari Unit Pembangunan Dan Perlupusan Tanah, di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat |
|
Q11 | Bagaimana hendak memohon Lesen Pendudukan Sementara (TOL)? |
i) Mesti tahu lokasi (pelan lokasi boleh didapati dari Bahagian Pelan, Pejabat Daerah / Tanah Sabak Bernam) ii) Selepas itu dapatkan borang permohonan dan diisi dengan lengkap dan serah di Bahagian Tanah, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat untuk bayaran pendaftaran permohonan |
|
Q12 | Apakah itu Lessen Pendudukan Sementara (LPS)? |
LPS ialah satu bentuk pelupusan tanah yang bersifat sementara oleh Pihak Berkuasa Negeri. Ianya merupakan salah satu cara dimana Pihak Berkuasa Negeri membenarkan tanah tertentu diduduki atau digunakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 42(1)(C) KTN. |
|
Q13 | Berapakah Bayaran Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)? |
i) RM20.00 - Bayaran untuk Pelan < 10 ekar ii) RM50.00 - Bayaran untuk Pelan > 10 ekar iii)RM50.00 - Bayaran permohonan LPS |
|
Q14 | Kuasa meluluskan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)? |
Semua permohonan LPS dikemukakan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). | |
Q15 | Bagaimanakah cara memohon Lesen Pendudukan Sementara (LPS)? |
i) Pemohonan dibuat oleh pemohon melalui Pejabat Tanah Daerah, pemohon membeli pelan untuk kawasan yang dipohon ii) Pemohon perlu, mengisi borang Lesen Pendudukan Sementara di Pejabat Daerah / Tanah iii) Borang yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan semula ke Pejabat Tanah Daerah berserta dokumen berikut :- - 1 salinan kad pengenalan pemohon - 2 salinan pelan lokasi kedudukan tanah - 1 salinan Lesen Pendudukan Sementara (jika ada) |
|
Q16 | Berapakah bayaran yang harus dikenakan sekiranya pemohon Lesen Pendudukan Sementara diluluskan? |
Ianya bergantung kepada keluasan tanah yang diluluskan. | |
Q17 | Berapa lama tempoh sah Lesen Pendudukan Sementara diluluskan? |
3 tahun dan setiap tahun perlu membaharui lesen serta membayar bayaran tahunan. | |
Q18 | Bagaimana untuk membaharui Lesen Pendudukan Sementara diluluskan? |
Hadir ke Pejabat Tanah Daerah dengan membawa lesen asal dan mengisi borang untuk membaharui lesen. | |
Q19 | Apakah maksud pelupusan secara pemberimilikan Tanah Kerajaan? |
Pemberimilikan tanah kerajaan ialah melupuskan tanah kerajaan kepada individu, agensi kerajaan, syarikat swasta, pertubuhan dan perbadanan yang layak memiliki tanah untuk selama-lamanya atau untuk tempoh beberapa tahun bagi keguanaan bangunan, perusahaan dan pertalian mengikut Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. |
|
Q20 | Bagaimana cara memohon? |
i) Pemohon perlu membeli pelan daripada Unit Pelan Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam ii) Pemohon perlu mengisi borang Jadual 1 dan melampirkan dokumen-dokumen seperti kad pengenalan dan pelan lokasi / kedudukan tanah. iii) Pemohon juga perlu mengisi borang akujanji iaitu borang yang menyatakan bahawa pemohon tidak pernah mempunyai sebarang tanah. |
|
Q21 | Bayaran premium? |
i) Bayaran premium adalah bayaran yang dikenakan kepada pemohon sekiranya permohonan pemberimilikan diluluskan. ii) Ianya adalah berdasarkan kepada penilaian tanah yang dijalankan oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Ianya berbeza mengikut kaedah-kaedah Tanah Negeri masing- masing. |
Kemaskini pada 2020-10-20 10:16:27 daripada Administrator