Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

Urusan Melepas Gadaian

DEFINISI

 

Mana - mana pemegang gadaian dengan suatu suratcara atas borang 16N, melepaskan tanah atau pajakan yang digadainya.

 

 

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

 

1.

Pemohon merupakan institusi kewangan yang menjadi pemegang gadaian bagi hakmilik berkenaan.

 

PANDUAN PENGISIAN BORANG MELEPASKAN GADAIAN (16N)

 

1.

Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.

2.

Salinan pendua bank / salinan diakui sah (CTC) oleh Pejabat Daerah / Tanah.

3.

Jadual Tanah (No. Perserahan yang dilepaskan dan 'initial').

4.

No. P.A bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan no. My Kad).

5.

Peletakhakkan Mahkamah ('Vesting Order') / Borang Tukar Nama perlu disertakan sekiranya nama bank berbeza.

 

 

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN MELEPASKAN GADAIAN (16N)

 

1.

Hakmilik (Geran) asal.

2.

Borang 16N yang telah diisi dengan lengkap.

3.

Salinan Pendua Gadaian (16A) dan (salinan bank / salinan diakui sah (CTC) oleh Pejabat Daerah / Tanah).

4.

Salinan Cukai Tanah bagi tahun semasa yang jelas dan terang menunjukkan pembayaran yang telah dibuat (gelap atau kabur tidak diterima).


Kemaskini pada 2016-06-21 16:01:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page