Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960

 

  • Akta ini bertujuan memastikan keseragaman undang-undang dan dasar bagi tujuan pelaksanaan kawasan Penempatan berkelompok dan syarat-syarat untuk pemberimilikan dan penempatan tanah di kawasan tersebut serta perkara-perkara lain yang berkaitan.


  • Akta ini telah dipinda pada tahun 2002 dan berkuatkuasa pada 26 December 2002. Rentetan daripada pindaan yang telah dilakukan, pemilikan di kawasan luar bandar di bawah Akta Kawasan Penempatan Berkelompok boleh diberimilik dan dipegang bersama antara tidak lebih daripada dua orang pemilik.


  • Seksyen yang telah dipinda ialah Seksyen 7, Seksyen 12, Seksyen 14, Seksyen 15. Sementara Seksyen16 telah dikeluarkan daripada Akta tersebut. Borang AA telah diperkenalkan sebagai satu borang baru yang perlu diisi dalam kes pemindahan bahagian milik persendirian kepada isteri, bekas isteri atau saudara pemilik.



sumber : Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan


Kemaskini pada 2014-01-05 22:36:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page