Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

10 Januari 2014 : Sinar Harian : Sungai Bilut tercemar teruk

RAUB - Perbadanan Air Pahang Berhad (Paip) Daerah Raub terpaksa menghentikan operasi beberapa loji air sekitar daerah ini berikutan keadaan air mentah dari Sungai Bilut yang terlalu mengalami pencemaran dan kekeruhan yang melampau.

Selasa lalu difahamkan loji air Sungai Bilut terpaksa dihentikan berikutan sungai tercemar dan keruh melebihi 2,000 Nephelometric Turbidity Unit (NTU).

Pengurusnya, Azeri Abdul Aziz berkata, pencemaran dan kekeruhan melampau terbabit berpunca daripada air sungai yang meningkat ketika musim tengkujuh sekitar November dan Disember lalu.

“Kejadian terbabit menyebabkan pihak Paip terpaksa menghentikan operasi beberapa loji air yang terdapat di daerah ini, sekali gus menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah ini.

“Paip terpaksa menghentikan operasi berikutan sistem loji yang sedia ada tidak mampu merawat air mentah yang mempunyai kekeruhan pada tahap yang tinggi,” katanya.

Tambahnya, pada 29 November tahun lalu, terjadi gangguan bekalan air kerana sumber Sungai Bilut tercemar dan keruh melebihi bacaan 1,000 NTU.

“Kekeruhan ditentukan berdasarkan keputusan secara visual di mana keadaan air itu boleh dilihat sama ada bermutu atau tidak. Jika air sungai berwarna kuning berbanding biasa, kita menganggap air itu kotor dan tidak bermutu.

“Kadar kekeruhan dan pepejal terampai yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan kos rawatan air,” katanya.

image

Menurutnya, berdasarkan Piawaian Kualiti Air Kebangsaan yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar, sungai kelas satu mempunyai kadar pepejal terampai sebanyak 25 miligram setiap liter (mlg/l) dan kekeruhan pada bacaan 5 NTU.


“Sungai kelas dua (A) dan (B) pula ialah 50 mlg/l pepejal terampai serta 50 NTU manakala sungai kelas tiga iaitu 150 mlg/l pepejal terampai dan lebih 50 NTU dan sungai kelas empat serta kelas lima masing-masing 300 mg/l pepejal terampai dan lebih 50 NTU kekeruhan,” katanya.



Kemaskini pada 2016-11-11 14:08:57 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page