Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

19 Januari 2014 : Sinar Harian : Sasar tingkat hasil padi

SUNGAI BESAR – Kumpulan Tani Blok Tiga Zon Empat menyasarkan purata pengeluaran hasil padi meningkat kepada 10 tan metrik menjelang dua atau tiga tahun lagi sekiranya sistem pengaliran padi ke sawah dapat ditingkatkan.

Ketua Unitnya, Mohd Ariffin Faiman berkata, pada masa ini, purata pengeluaran hasil padi petani di kawasan itu sekitar antara lapan hingga sembilan tan metrik, tetapi dijangka akan mengalami peningkatan.

Menurutnya, beberapa inisiatif yang diperkenalkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi meningkatkan sistem saliran seperti penggunaan enjin pam air di kawasan rendah juga diharap dapat membantu peningkatan pengeluaran pada masa depan.

“Kita akui memang berdepan masalah bekalan air di kawasan rendah, tetapi saya yakin masalah ini akan ditangani JPS dengan membekalkan pam elektrik di kawasan terbabit,” katanya pada Program Turun Ke Ladang Menguji Berat Padi Lot 18321 Musim 2 2013.

Mohd Ariffin berkata, kebiasaannya, hasil pengeluaran musim pertama bermula dari April hingga September lebih tinggi berbanding musim kedua ekoran faktor cuaca dan ancaman lain seperti bakteria, kulat dan serangga perosak.

Bagi menangani musuh tanaman misalnya, Jabatan Pertanian menyediakan sebanyak enam sarang burung pungguk bagi tujuan membasmi tikus di kawasan tanaman padi selain menjalankan kempen gotong-royong menyeluruh.

“Kita berharap lebih banyak lagi sarang burung pungguk ini dibina bagi mengurangkan serangan tikus di kawasan tanaman padi,” katanya.

Selain itu katanya, Jabatan Pertanian juga membekalkan racun yang berkualiti dalam usaha menangani penyakit seperti karah daun, batang biru dan siput gondang terutama semasa peringkat awal tanaman padi.

Menurutnya, bagi menangani semua masalah itu, petani diingatkan supaya mengamalkan amalan penanaman pertanian yang lestari bagi memastikan segala ancaman penyakit ditangani dari peringkat awal tanaman.

Kemaskini pada 2014-01-22 11:16:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page