Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

alt   alt   alt alt   alt

 

20 Januari 2014 : Sinar Harian : 30 motor hilang dalam setahun

PETALING JAYA - Peningkatan kadar kes kecurian motosikal di Blok 2 Flat Desa Mentari sejak awal tahun lalu menimbulkan kebimbangan penduduk yang menetap di kawasan ini.

Sepanjang 2013, dianggarkan sebanyak 30 kes kecurian motosikal berlaku di kawasan ini berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan atas kepentingan sendiri.

Menurut salah seorang penduduk, Abdul Halim Rejab, 47, mendakwa, kadar kes kecurian motosikal dipercayai meningkat berikutan pertambahan warga asing yang menetap di kawasan tersebut kebelakangan ini.

"Sudahlah begitu, kebanyakan rangka motor yang dicuri ditinggalkan di sekitar flat sehingga mengganggu pemandangan penduduk. Lepas dapat spare part, pencuri akan tinggalkan motosikal untuk elakkan diri mereka dari dikesan,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat Persatuan Penduduk Flat Desa Mentari, Ayob Yusop berkata, keadaan rangka motosikal yang dibiarkan di sekeliling flat berkenaan memberi persepsi buruk masyarakat terhadap penduduk di situ.

Menurutnya, pihak berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan terbabit pada waktu petang ketika penduduk berehat di rumah.

“Mereka ambil kesempatan buka tayar serta curi barang aksesori pada motor yang diparkir di bawah rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Penduduk Flat Desa Mentari, Sefferi Othman berkata, peningkatan kadar kecurian pada tahun lalu dilihat amat membimbangkan.

Menurut Sefferi, walaupun polis membuat rondaan setiap setengah jam di kawasan berkenaan, kes curi motor tetap menjadi-jadi.

“Banyak aduan mengenai masalah ini dan tindakan susulan telah diambil, namun pihak berkenaan dilihat masih licik menyembunyikan kegiatan mereka ini,” katanya.

Kemaskini pada 2014-01-22 11:17:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page